Rasulullah S.A.W

By admin On May 10th, 2009

Sejarah Ringkas Nabi MUHAMMAD S.A.W

(Dipetik dari buku : Petanda Keagungan / Nazri Zakaria)

 

Beliau adalah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muthallib Bin Hasyim. Hasyim adalah termasuk suku Quraisy, suku Quraisy termasuk bangsa Arab sedangkan bangsa Arab pula adalah termasuk keturunan Nabi Ismail, putera Nabi Ibrahim.

 

Baginda berusia sehingga 63 tahun iaitu 40 tahun sebelum baginda menjadi nabi dan 23 tahun sebagai nabi dan rasul. Tempat asal baginda adalah Mekah. Baginda diangkat menjadi nabi dengan turunnya Surah Al-Alaq: 96 :1-5 manakala menjadi Rasul dengan Surah Al-Mudatstsir. Baginda diutus Allah untuk menyampaikan peringatan menjauhi syirik dan mengajak kepada tauhid. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mudatstsir :74(1-7) yang bermaksud  “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!”

 

Baginda melaksanakan perintah ini dengan tekun dan gigih selama sepuluh tahun mengajak kepada tauhid. Setelah 10 tahun itu beliau di Mikrajkan ke atas langit dan disyariatkan kepada beliau Solat lima waktu. Beliau berdakwah di Mekah selama 3 tahun dan kemudian beliau diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah.

 

Setelah Nabi Muhammad SAW menetap di Madinah disyariatkan kepada beliau zakat, puasa, haji, jihad, amar makruf dan nahi mungkar serta syariat-syariat Islam yang lainnya. Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah kepada seluruh umat manusia dan jin untuk mentaatinya.

 

Inilah agama yang beliau bawa iaitu Islam dan tiada suatu kebaikan yang tidak beliau tunjukkan kepada umatnya dan tiada suatu keburukan yang beliau tidak peringatkan.

 

Puncak KEAJAIBAN yang perlu kita renungkan dan fikir-fikirkan adalah mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada rasul-rasulNya. Mukjizat tersebut diturunkan lantaran untuk menguatkan lagi risalah yang dibawa oleh setiap Rasul.

 

Nabi Muhammad SAW telah diberikan mukjizat-mukjizat oleh Allah SWT sebagai penghormatan atau rahmat dari Allah dan kekuatan baginya serta pemeliharaan terhadapnya bersama-sama orang yang beriman dengannya jika dalam keadaan kesulitan. Peristiwa-peristiwa luar biasa tersebut tidak terjadi untuk memenuhi permintaan orang-orang kafir bahkan sebagai rahmat dan kemuliaan dari Allah bagi Rasulnya dan kaum Mukmin.

 

 1)Kenali Nabi Muhammad SAW 

 

 

 

 

 

 

 

 2)Selawat Nabi & Fadhilatnya

 

 

 

 

 

 

  

Antara Mukjizat-Mukjizat Nabi :

 

i) Khabar Dari Rasulullah SAW

 

ii)Al-Qur’an Mukjizat Teragung

 

iii) Peristiwa Isra’ & Mikraj

 

4) Bulan terbelah

5) Pembedahan Dada Nabi SAW

6) Rasulullah SAW Membekalkan air

7) Rasulullah SAW membekalkan makanan

8) Rasulullah SAW dan pepohonan

9) Rasulullah SAW dan binatang-binatang

10) Rasulullah SAW menyembuhkan penyakit