Kebesaran & Kehebatan Al-Qur’an
By admin On April 8th, 2009
LIHATLAH KEHEBATAN DAN
KEBESARAN AL-QURAN
A) Allah B) Muhammad

A) Kalimah Allah yang terbentuk dengan mencantumkan titik-titik taburan bilangan ayat lawan nombor surah.
B)Kalimah Muhammad yang terbentuk dengan mencantumkan titik-titik bilangan ayat lawan nombor surah
PERINGATAN KEPADA PEMBACA: Apa yang dipamerkan ini hanyalah semata-mata bukti zahir kehebatan al-Quran. Ia tiada kena mengena dengan kepercayaan Tariqat dan sebagainya. Lihatlah sendiri kehebatan al-Quran ini. Ucapkanlah dan perbaharuilah ucapan Kalimah Syahadah anda.Apakah Anda Masih Berminat Melihat Kebesaran dan kehebatan al-Quran?
Antara nama-nama surah al-Quran ialah surah al-Hadid(Besi). Surah al-Hadid merupakan surah yang ke 57.Perhatikan perkataan al-Hadid di bahagian atas surah ini. Al-Hadid adalah nama surah yang ke-57. Dengan menggunakan kaedah pengiraan mengikut anjad Arab berikut, kira jumlah campuran huruf-huruf alif, lam, ha, dal, ya dan dal. Berapakah jumlah campuran nilai abjad-abjad ini? Bukankan jumlahnya 57. Kemudian tinggalkan huruf alif dan lam. Kira hanya jumlah nilai Hadid sahaja. Berapakah jumlah nilai Hadid sahaja. Bukankah jawapannya ialah 26.


Atom besi.. Berapakah nombor atom besi? Bukankah 26..
Lihat Jadual Perkalaan di bawah. Jadual Perkalaan ialah satu jadual unsur-unsur yang wujud dalam alam ini.. Susunannya adalah berdasarkan kepada bilangan nombor atom. Nombor atom pula adalah berdasarkan bilangan proton dalam atom tersebut (ditandakan dengan P)
Cuba renungkan! Perkataan al-Hadid jumlah nilai abjad Arabnya ialah 57, dan kedudukan surah tersebut surah yang ke 57. Jumlah nilai abjad Arab bagi Hadid pula ialah 26 dan nombor atom bagi Ferum (besi) ialah 26. Apakah ini semua adalah satu kebetulan sahaja atau ia adalah ketetapan Allah.
Sumber : www.geocities.com/modal_insan/pasak.html


subhanallah