Belajar Dari Alam Semesta

By admin On June 21st, 2010

Matahari  & Bintang-Bintang Serta Planet-Planet Pantas Bergerak! Anda?

hs-2006-39-a-web

Penguasaan ilmu-ilmu mengenai alam dan kosmos menyedarkan kita mengenai keagungan Allah. Bayangkan satu kosmos yang mempunyai 70 Sextilion (iaitu 7 diikuti oleh 22 sifar) bintang-bintang. 70 sextillion menyamai 10 kali ganda jumlah pasir yang terrdapat di semua pantai dan gurun didunia ini! Sebahagian daripada bintang-bintang adalah lebih besar daripada matahari. Malah bintang-bintang adalah lebih besar daripada matahari. Malah bintang-bintang yang bernama KW Sagitarii, V354 Cephei dan KY Cygni adalah 1500 kali lebih besar daripada matahari yang sedia diketahui berganda-ganda lebih besar daripada bumi.

Cuba bayangkan keadaan pada hari ini bintang yang terdekat dengan matahari iaitu Proxima Centauri, berada 25 Trillion batu (40 trillion kilometer) daripada matahari. Cahaya yang datang daripada bintang ini mengambil masa 4.2 tahun cahaya (light years) untuk sampai ke matahari dan satu tahun cahaya menyamai 5.88 trillion batu atau 9.46 trillion kilometer.

Alangkah luasnya kosmos ini yang tidak mampu dijangkau oleh manusia. Ia menginsafkan kita mengenai kekerdilan diri kita sebagai insan. Agaknya dalam peta kosmos ini secara relatifnya besar manakah kita ini sebagai seorang insan? Sebesar satu titik pena, sebesar debu ataupun hanya sebesar zarah atom? Alangkah kerdilnya insan. Benarlah Allah menjelaskan dalam Surah al-Mukmin ayat 57 yang bermaksud, ”Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada penciptaan manusia tetapi kebanyakan Manusia tidak mengetahui.

Bintang-bintang yang wujud di kosmos pula tidak pegun. Penemuan semasa mengesahkan matahari bergerak mengelilingi nucleus galaksai bimasakti dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Begitu juga dengan bumi serta planet-planet yang lain selain bergerak tanpa berhenti Ini bermakna matahari mengambil masa lebih kurang 225 juta tahun bagi melengkapi satu pusingan mengelilingi galaksi Bimasakti. Ia bergerak, berputar, berpusing dan di saat kehancurannya ia meletup dengan satu letupan yang dasyat. Namun alam terus wujud dalam keadaan harmoni, suasana kosmos tetap stabil dan bumi tidak terkesan dengan semua itu. Siapakah yang menentukan semua ini? Perancangan siapakah yang menentukan semua ini? Perancangan siapakah yamataharing menyebabkan bintang-bintang ini tidak berlanggaran sesama yang  lain? Siapakah yang menentukan kestabilan kosmos selepas letupan bintang yang dasyat iaitu Supernova berlaku? Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 12 yang bermaksud ”Katakanlah, kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah Ia kepunyaan Allah”. Dia menetapkan ke atas dirinya kasih sayang.”

Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud ”Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami disegenap ufuk penjuru dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka Qur’an itu benar”. Disamping itu manusia harus mengambil iktibar sebagaimana pergerakan yang pantas bintang-bintang dan planet-planet yang berterusan tanpa henti, begitu jugalah dengan kehidupan kita. Kita perlu terus bergerak pantas untuk melaksanakan dan mencapai matlamat hidup kita dunia akhirat.

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik

Leave a Reply