Arasy Di atas Air?..

By admin On June 21st, 2010

the universe 1

Surah Hud ayat 7 yang bermaksud “Dan adalah Arasy (Allah) di atas air….” Kefahaman berhubung ayat ini diperincikan oleh hadis yang dilaporkan oleh Muslim yang bermaksud, “Ssesungguhnya Allah menentukan ketentuan-ketentuan (takdir) mengenai semua makhluk 50,000 tahun sebelum kejadian langit dan bumi. Dan Arasynya di atas air.

Ada sesuatu yang dapat kita manfaatkan daripada kenyataan ini iaitu air wujud diperingkat awal proses kejadian langit dan bumi sebelum wujudnya hidupan-hidupan lain. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains semasa kerana selepas berlaku Big Bang berlaku lebih kurang 14 billion tahun dahulu, dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu hidrogen (80%) dan helium (20%). Gas-gas ini kemudiannya melalui beberapa proses sehingga melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan hidrogen dan denganitu lahir molekul yang stabil bernama air. Para saintis mendapati angkasa diperingkat awal kejadian alam, dipenuhi dengan molekul-molekul air sekaligus menunjukkan air tidak dapat dipisahkan daripada proses kejadian alam berbilion-bilion tahun dahulu. Hal ini dilaporkan dalam Journal Of Hydrological Sciences (1991) oleh Dr Vincent Kotwicki.

Menerusi kajian sains dan sistem satelit, air didapati memenuhi kawasan angkasa yang menjadi tempat kelahiran bintang-bintang dan planet-planet baru. Kawasan-kawasan ini dikenali sebagai interstellar clouds.

Justeru kenyataan Allah yang bermaksud “Arasynya di atas air” membawa maksud “Arasy Allah berada di kawasan yang lebih tinggi iaitu di atas angkasa raya dan angkasa raya yang dipenuhi air berada di bawahnya. Kedua-duanya adalah terpisah daripada satu sama lain. Alam ini dan hidupan yang terdapat didalamnya memerlukan air tetapi Arasy agak berbeza kerana ia berada di atas air dan ia tidak memerlukan air. Justeru Arasy berada di dimensi yang berbeza. Ia adalah benda ghaib dan berada di alam ghaib.

Ayat-ayat seumpama ini adalah peringatan kepada para saintis supaya tidak the universe 5tenggelam lemas dalam lautan sains sehinggakan mereka mengingkari kewujudan alam ghaib. Sains bukanlah segala-galanya. Ada perkara dalam kehidupan dan alam ini yang tidak mampu diukur oleh sains.

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik

Leave a Reply