TULISKAN PERANCANGAN & MATLAMAT ANDA

By admin On February 20th, 2010

PERANCANGAN BIJAK ADALAH DENGAN MENULISNYA

klcc_twin_towersHari ini kita bangga melihat menara berkembar KLCC di celah-celah kepesatan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan yang berjaya menduduki tempat pertama sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia ini berdiri tegak di bawah terik matahari penuh megah.

Mari kita cuba bayangkan bagaimana agaknya idea membina bangunan ini mula tercetus. Tentu sekali ia bermula hanya di dalam minda seseorang. Bol ehkah kita bayangkan semua peringkat perpindahan itu berlaku tanpa sebarang kertas? Tidak ada dokumen, tidak ada data dan tidak ada apa-apa. Jawabnya tiadalah KLCC.

Mungkin binaan yang sebesar itu hanya ada dalam secebis kertas sahaja awalnya. Tetapi daripadanya terangsang sesuatu sehingga terbina sebuah binaan yang dikagumi dunia. Sekiranya idea awal yang tercetus itu tidak didokumenkan dalam bentuk catatan, semua perkara kemudiannya tidak wujud. Bagitulah berkuasanya catatan, nilainya lebih hebat daripada bangunan itu sendiri. Bangunan berjuta tan itu bergantung kepada secarik kertas seberat 0.01 gram!

Perancangan yang tidak dicatat samalah seperti potensi biji benih tetapi tidak diletakkan ke atas tanah. Jangan mengimpikan apa-apa pokok, apa-apa hasil. Lihatlah di sekeliling bangunan yang ada, semuanya perlu kepada catatan dan kertas kerja. Tanpa catatan tidak ada apa-apa akan terbangun. Perkara yang sama diperlukan sekiranya kita ingin membina diri. Tanpa catatan tidak ada apa-apa perubahan akan dapat dilakukan dalam hidup ini. Itu hakikatnya.

Justeru itu, seperti juga pelan bangunan, catatlah pelan perubahan diri. Segala  keperluan catatkan, lihat perkembangan serta senarai semak yang sentiasa dituliskan. Ini menjadikan apa yang diingini dalam minda akhirnya akan terserlah dalam realiti.

Oleh : Ustaz Zul Ramli M Razali U Turn Ke Jalan Lurus

Leave a Reply