KUFUR NIKMAT

By admin On February 4th, 2010

BUDAYA BERHUTANG

Budaya berhutang kelihatan sudah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat kita. Perkara ini berpunca kerana sikap berbelanja melebihi kemampuan kewangan semasa. Biarpun kekurangan mempunyai wang tunai atau wang simpanan, tetapi nafsu meluap-luap untuk membeli tetap tinggi. Jika dahulu hanya golongan miskin yang biasa dikaitkan dengan berhutang kerana memenuhi keperluan terdesak, tetapi hari ini golongan kaya dan sederhana juga terbabit dengan budaya berhutang untuk hidup bermewah-mewahan

kredit kadOrang yang terlibat dengan budaya berhutang secara tidak wajar sebenarnya berada dalam lingkungan sikap tidak mahu susah dan tidak faham tentang maksud sebenar ikhtiar. Lantaran pegangan standard kesempurnaan gaya hidup yang terlampau tinggi, mereka terpaksa mendapatkan sumber kewangan dengan cara berhutang untuk memenuhi kesempurnaan ini. Hutang dijadikan sebagai cara mendapatkan sumber bagi menyelesaikan masalah kelemahan mengurus kewangan mereka sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

Maksudnya: “Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan (ingatlah) Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Jelas, amalan berhutang tidak sepatutnya dijadikan budaya dalam masyarakat kerana akan timbul banyak keburukan. Dalam kehidupan, amat penting kita mempunyai kemahiran mengurus wang secara bijak kerana menjamin hayatan tayyibah (kehidupan yang baik) serta bebas dari cengkaman hutang. Langkah ini dapat membimbing dan menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran.: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Setiap yang berhutang wajib membayarnya. Sekiranya kita membayar hutang, cukai, zakat dan sebagainya, sudah pasti hasil pungutan itu dapat diagih dan digunakan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan rumah golongan fakir dan miskin, membiayai kebajikan rakyat yang memerlukan, menyedia dan melengkapkan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya. Selain itu, tunggakan hutang yang dibayar boleh memulih sesuatu situasi selepas rakyat ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, dan tanah runtuh dan juga sebagai keperluan jihad di jalan Allah SWT.

Sikap lupa diri sesetengah daripada kita yang berhutang walaupun mampu untuk membayar dan sihat tubuh badan, amatlah dikesali. Rasulullah SAW pernah mengulas sikap manusia yang lupa diri ini sebagaimana diriwayatkan oleh Uqbah bin ´Amir yang mafhumnya

Amalan suka berhutang membelenggu dan memberi kesan buruk kepada diri, keluarga, dan negara. Individunya juga menghadapi masalah kesihatan fizikal, mental dan emosi seperti muflis, mengalami tekanan perasaan, sakit jantung, dipandang serong, tidak suka bergaul, hilang keceriaan diri, tiada ketenangan jiwa, menjejaskan mutu kerja, terlibat dengan rasuah, pecah amanah, perceraian, bahkan ada yang tergamak bunuh-membunuh. Paling malang, masalah hutang ini berlanjutan sehingga membebankan anak cucu atau ahli waris yang lain.

Dosa tidak membayar hutang sangat berat, selain berdosa, hilang pahala amal dan kita akan di azab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Yusuf tentang kitaran hidup yang kadang kala senang dan ada masanya susah. Justeru, apabila kita dalam keadaan senang, berjimat cermatlah dan ingati keadaan golongan yang kurang dari kita. Manakala jika kita senang, bantulah untuk meringankan bebanan orang lain sebagai amal jariah.

3 Responses to “KUFUR NIKMAT”

  1. salam saudara,

    betul ke ada yg berpendapat kufur nikmat itu adalah selalunya dilabelkan kpd org yg berkemampuan tp hidup dlm keadaan zuhud?

    bukan kedekut dgn tidak menggunakan rezeki yg ada, tp terlalu takut untuk menggunakan nikmat yg ada utk kebaikan diri…

    wasalam

  2. Wa’alaikumussalam,
    Kufur nikmat maksudnya tidak menggunakan nikmat Allah S W T pada jalan yang betul iaitu menggunakan nikmat yang diberikan pada jalan yang tidak diredhai oleh Nya… Zuhud pula :

    Imam Ahmad Ibnu Hambal mengklasifikasikan tingkatan zuhud yakni :-
    1. Zuhudnya orang orang awam ialah meninggalkan hal hal yang haram
    2. Zuhud orang orang yang khawas (khusus) iaitu meninggalkan hal yang berlebih lebihan (al fudhul) meskipun barang halal.
    3. Zuhud orang Arif iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan daripada mengingati ALLAH.

    Al Imam Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga peringkat yakni :-
    1. Tingkat terendah ialah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat
    2. Tingkat kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat
    3. Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap, tetapi semata mata kerana cinta kepada ALLAH Ta’ala.

    Apakah seandainya terlintas dihati kita untuk mendapatkan sesuatu lalu kita terus mendapatkannya?..Tanyalah iman kita, dimana
    tingkatannya..ada perkara yang harus untuk dilakukan tetapi dihindari kerana ditakuti menjuruskan diri kepada perkara yang sia-sia/pembaziran, maka itulah tingkatan iman dan zuhud, masing-masing tentukan di mana tingkatan kita..
    Mereka yang berada dalam tingkatan zuhud yang tinggi tidak lagi memandang keperluan dunia untuk diri tetapi memanfaatkan dunia untuk akhirat. Segala2nya hanya untuk Allah SWT..Harta bendanya dilaburkan di jalan Allah dalam mencari redhanya. Hidupnya tidak minta untuk disanjung dan dimasyhurkan manusia namun semata2 mencari perhatian dan kasih sayang Allah SWT..
    Pandangan mereka yang zuhud ini terhadap kehidupan adalah melalui pandangan mata hati yang mana kayu ukur terhadap kejayaan, kesenangan hidup bukan semata2 kebendaan sahaja tetapi aspek rohaniah yang diutamakan. Perlulah bijaksana dan berhikmah dalam mecari keseimbangan keperluan hidup manusia jasadiah dan rohaniah…Wallahu’alam..

  3. syukran ya Admin for the point of note..many thanks..

Leave a Reply