Kesusahan Adalah Jambatan Kejayaan
By admin On January 19th, 2010Ujian Serlahkan Potensi Diri Anda
Manusia menjadi lebih matang dan mantap selepas diuji. Tanpa ujian potensi dirinya tidak terserlah. Justeru, kita sepatutnya bersyukur apabila mendapat ujian. Imam Ghazali menjelaskan kepada kita bagaimana hendak melihat ujian secara positif. Bagi setiap ujian dunia seperti miskin, sakit, takut dan bencana, terdapat lima perkara yang perlu disyukuri. Kelima-lima perkara itu mengikut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin adalah :
1) Musibah dan kesakitan bukan kuasa yang menentukan jalan hidup. Kuasa yang menentukan jalan hidup kita adalah Allah. Justeru segala ujian yang menimpa adalah kecil. Yang besar adalah kekuasaan Allah yang menentukan segala-galanya.
2) Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama. Berhubung dengan ini Imam Sahl bin Abdullah berkata ”Bersyukurlah kepada Allah kerana (imanmu masih mantap). Sebaliknya apabila syaitan memasuki hatimu dan merosakkan tauhidmu maka apakah yang hendak kamu lakukan?” Omar al-Khattab berkata, ”Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya 4 ni’mat. Pertama ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga aku akan mendapat keredhaanNya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya.
3) Berbanding akhirat azab di dunia ringan dan sekejap. Tambahan pula, ujian di dunia dapat dikurangkan dengan pelbagai cara sedangkan hal ini tidak dapat dilakukan apabila berkaitan dengan azab akhirat.
4) Penderitaan i
tu adalah sebahgian daripada ketetapan Allah. Lantas apabila ketetapan itu berlaku berkuranglah ujian ke atasnya dan mungkin juga akan datang selepas itu kesenangan dan kebahagiaan.
5) Ujian-ujian di dunia ini adalah jalan mencapai kebahagiaan di akhirat. Ujian di dunia boleh diumpamakan seperti ubat yang pahit yang bakal mendatangkan kesejahteraan di akhirat.
Umat Islam adalah umat yang hebat kerana mereka dididik menerima ujian dalam hidup sebagai perkara biasa. Mereka menyedari ujian dalam kehidupan mendatangkan banyak kelebihan dan kebaikan pada mereka. Antara kebaikan itu mereka dinaikkan darjat di sisi Allah. Kesusahan menyebabkan dosa-dosa mereka diampunkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhri dan Muslim, nabi berkata ”Tidak ada satupun musibah yang menimpa ke atas seorang Muslim samada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan sehingga duri yang terkena di badannya melainkan ia menjadi kifarat baginya daripada dosa-dosa.
Allah memberi jaminan bahwa kesusahan adalah jambatan kepada kejayaan….Hebat bukan?..
Dipetik : 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr Danial Zainal Abidin


Leave a Reply