Zahir + Rohani

By admin On January 13th, 2010

ZAHIR & ROHANI PERLUKAN KESIMBANGAN             

penciptaan manusiaSedarkah kita manusia tercipta dan berfungsi oleh 2 unsur iaitu zahiriah dan rohaniah. Mungkin semua kita sedar akan hakikat namun keterbiasaan kita terhadap hakikat itulah menjadi punca kealpaan kita terhadap sejauh mana kita telah berlaku adil terhadap kedua-dua unsur ini. Secara sedar atau tidak kita seringkali berlaku tidak adil dan berat sebelah terhadap keperluan roh kita.  Mengapa?…Kerana kita tahu tapi kita tidak nampak. Hanya mereka yang terbuka mata hati boleh melihatnya. Dan betapa ramai nya kalangan kita yang tertutup mata hati oleh sebab penyakit-penyakit hati yang dibiarkan melarat tanpa ada usaha untuk merawat dan menghidupkannya….

Maka lahirlah manusia yang hidup melebihi keperluan, bermewahan, terlebih makan zahirnya nampak sihat namun kalau sudah terlebih makan tidak sihat juga namun apa yang lebih menyedihkan rohnya merana merintih kerna kesakitan namun si empunya badan masih tertutup mata hati tiada sedikitpun usaha untuk memberikan makanan rohnya. Kesudahannya didunia mungkin untung dan mungkin rugi yang pasti akhirat sangatlah rugi.

Jika zahir tubuh badan manusia itu tercipta oleh Allah dari tanah dan akan kembali kepada tanah jua. Namun terciptanya Roh itu rahsia dari Allah  dan betapa istimewa penciptaanya itu sehingga sujud nya para malaikat kecuali Iblis maka kembalinya juga kepada Allah..

Jika zahir tubuh manusia itu memerlukan makanan yang bersumberkan dari bumi selari dengan penciptaannya maka begitu jugalah keadaannya bilamana Roh memerlukan makanan yang datangnya dari langit sebagaimana penciptaannya. Kerna itulah datangnya para rasul dan anbiya’ untuk membimbing manusia dengan ilmu Allah. Sedangkan zahir manusia tidak diajar pun secara fitrahnya sudah tahu bagaimana untuk hidup, melahirkan anak, membesarkan anak  dan sebagainya.

Maka dengan itu kita lebih-lebihkan lah makanan Rohaniah seiring dengan keutamaan yang kita berikan kepada zahiriah. Sejauh manakah kita telah perbaiki setiap amalan perbuatan kita seperti solat, puasa, sedekah, zikir dan sejauh mana pula perhatian diberi terhadap kualiti amalan kita itu. Lantaran sejauh mana pula didikan dan ajaran kita dalam mengutamakan makanan rohani terhadap anak isteri dan keluarga kita..

Keutamaan yang kita beri kepada zahir dengan mengabaikan roh maka setakat itulah yang kita akan dapat..Dunia yang fana..Namun andai keduanya diutamakan InsyaAllah dunia kita akan dapat kampung akhirat apatah lagi InsyaAllah tidak akan rugi..

Wallahu’alam…

Leave a Reply