Duduk Diantara 2 Sujud

By admin On June 25th, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud 

 

Solat tahajjudDalam tidak sedar..

 

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

 

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak..

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka

diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima..

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya biarkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..

Sumber : Lanjutan e mail

Semakin Berisi Semakin Tunduk…

By admin On June 21st, 2010

Bertawadu’ Dalam Berilmu.KATA KATA 3

Majlis ilmu yang disebut Nabi s.a.w sebagai ‘taman-taman Syurga’ : “Jika kalian melalui taman-taman syurga, maka berhentilah dan duduklah di situ”. Para Sahabat r.a. bertanya : “Apakah taman-taman Syurga itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda : “Majlis-majlis ilmu dan zikir”. (HR at-Tirmizi).”

Ibarat padi semakin berisi semakin merendahkan diri begitulah jua dengan seorang mukmin semakin berilmu semakinlah ia bersifat tawaduk, dapat menerima teguran, pandangan serta ilmu yang disampaikan oleh orang lain. Bukan seperti segelintir mereka yang mengaku telah berilmu lantas menghakimi orang lain serta mudah melahirkan prasangka terhadap ilmu serta amalan orang lain seolah ilmu dan amalannya adalah yang terbaik.

Dalam keadaan senario kehidupan kita pada hari ini, tuntutan untuk mencari ilmu tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingannya. Namun sejauh mana kita bersedia selaku seorang murid/pelajar yang ingin menuntut ilmu? Lalu dalam hal ini ketika seseorang murid telah bersedia maka guru akan hadir. Siapakah guru tersebut?..Guru tersebut boleh jadi seorang yang bijak pandai, seorang yang bodoh jahil, seorang yang baik, seorang yang jahat, boleh jadi berbentuk situasi sukar, situasi menyenangkan mahupun apa jua bentuk senario kehidupan yang perlu kita harungi.

Maka bersedialah menerima segala bentuk pelajaran dari guru kehidupan. Belum tentu sesuatu yang kita lihat itu baik namun disisi Allah ia adalah sebaliknya. Seseorang yang bodoh-jahil dapat memberi pelajaran yang berguna untuk kita ambil iktibar. Apatah lagi pelajaran yang boleh kita ambil dari seorang yang bijak pandai.

I LUV ISLAM5Kebijaksanaan anda dalam mengharungi setiap situasi menentukan tahap sebenar ilmu yang telah dipelajari. Tiada suatu pun yang benar/salah, baik/tidak baik kecuali disisi Allah ia adalah benar/salah dan baik/tidak baik.  Apabila kita mula menilai tahap ketinggian ilmu diri sendiri ditakuti kita mulai menghakimi ilmu serta amalan orang lain. Maka berhati-hatilah dalam pada kita mencari ilmu agar tidak tertipu, pujuklah hati anda agar sentiasa bersifat tawaduk dan jangan mudah menghakimi perlakuan atau amalan orang lain, namun ambilah pelajaran dari setiap situasi agar anda sentiasa belajar dan mendapat ilmu dari setiap situasi yang baik atau sebaliknya. Ingati dan halusilah kata-kata ini, ”bila murid bersedia, guru akan tiba….”

Belajar Dari Alam Semesta

By admin On June 21st, 2010

Matahari  & Bintang-Bintang Serta Planet-Planet Pantas Bergerak! Anda?

hs-2006-39-a-web

Penguasaan ilmu-ilmu mengenai alam dan kosmos menyedarkan kita mengenai keagungan Allah. Bayangkan satu kosmos yang mempunyai 70 Sextilion (iaitu 7 diikuti oleh 22 sifar) bintang-bintang. 70 sextillion menyamai 10 kali ganda jumlah pasir yang terrdapat di semua pantai dan gurun didunia ini! Sebahagian daripada bintang-bintang adalah lebih besar daripada matahari. Malah bintang-bintang adalah lebih besar daripada matahari. Malah bintang-bintang yang bernama KW Sagitarii, V354 Cephei dan KY Cygni adalah 1500 kali lebih besar daripada matahari yang sedia diketahui berganda-ganda lebih besar daripada bumi.

Cuba bayangkan keadaan pada hari ini bintang yang terdekat dengan matahari iaitu Proxima Centauri, berada 25 Trillion batu (40 trillion kilometer) daripada matahari. Cahaya yang datang daripada bintang ini mengambil masa 4.2 tahun cahaya (light years) untuk sampai ke matahari dan satu tahun cahaya menyamai 5.88 trillion batu atau 9.46 trillion kilometer.

Alangkah luasnya kosmos ini yang tidak mampu dijangkau oleh manusia. Ia menginsafkan kita mengenai kekerdilan diri kita sebagai insan. Agaknya dalam peta kosmos ini secara relatifnya besar manakah kita ini sebagai seorang insan? Sebesar satu titik pena, sebesar debu ataupun hanya sebesar zarah atom? Alangkah kerdilnya insan. Benarlah Allah menjelaskan dalam Surah al-Mukmin ayat 57 yang bermaksud, ”Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada penciptaan manusia tetapi kebanyakan Manusia tidak mengetahui.

Bintang-bintang yang wujud di kosmos pula tidak pegun. Penemuan semasa mengesahkan matahari bergerak mengelilingi nucleus galaksai bimasakti dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Begitu juga dengan bumi serta planet-planet yang lain selain bergerak tanpa berhenti Ini bermakna matahari mengambil masa lebih kurang 225 juta tahun bagi melengkapi satu pusingan mengelilingi galaksi Bimasakti. Ia bergerak, berputar, berpusing dan di saat kehancurannya ia meletup dengan satu letupan yang dasyat. Namun alam terus wujud dalam keadaan harmoni, suasana kosmos tetap stabil dan bumi tidak terkesan dengan semua itu. Siapakah yang menentukan semua ini? Perancangan siapakah yang menentukan semua ini? Perancangan siapakah yamataharing menyebabkan bintang-bintang ini tidak berlanggaran sesama yang  lain? Siapakah yang menentukan kestabilan kosmos selepas letupan bintang yang dasyat iaitu Supernova berlaku? Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 12 yang bermaksud ”Katakanlah, kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah Ia kepunyaan Allah”. Dia menetapkan ke atas dirinya kasih sayang.”

Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud ”Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami disegenap ufuk penjuru dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka Qur’an itu benar”. Disamping itu manusia harus mengambil iktibar sebagaimana pergerakan yang pantas bintang-bintang dan planet-planet yang berterusan tanpa henti, begitu jugalah dengan kehidupan kita. Kita perlu terus bergerak pantas untuk melaksanakan dan mencapai matlamat hidup kita dunia akhirat.

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik

Arasy Di atas Air?..

By admin On June 21st, 2010

the universe 1

Surah Hud ayat 7 yang bermaksud “Dan adalah Arasy (Allah) di atas air….” Kefahaman berhubung ayat ini diperincikan oleh hadis yang dilaporkan oleh Muslim yang bermaksud, “Ssesungguhnya Allah menentukan ketentuan-ketentuan (takdir) mengenai semua makhluk 50,000 tahun sebelum kejadian langit dan bumi. Dan Arasynya di atas air.

Ada sesuatu yang dapat kita manfaatkan daripada kenyataan ini iaitu air wujud diperingkat awal proses kejadian langit dan bumi sebelum wujudnya hidupan-hidupan lain. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains semasa kerana selepas berlaku Big Bang berlaku lebih kurang 14 billion tahun dahulu, dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu hidrogen (80%) dan helium (20%). Gas-gas ini kemudiannya melalui beberapa proses sehingga melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan hidrogen dan denganitu lahir molekul yang stabil bernama air. Para saintis mendapati angkasa diperingkat awal kejadian alam, dipenuhi dengan molekul-molekul air sekaligus menunjukkan air tidak dapat dipisahkan daripada proses kejadian alam berbilion-bilion tahun dahulu. Hal ini dilaporkan dalam Journal Of Hydrological Sciences (1991) oleh Dr Vincent Kotwicki.

Menerusi kajian sains dan sistem satelit, air didapati memenuhi kawasan angkasa yang menjadi tempat kelahiran bintang-bintang dan planet-planet baru. Kawasan-kawasan ini dikenali sebagai interstellar clouds.

Justeru kenyataan Allah yang bermaksud “Arasynya di atas air” membawa maksud “Arasy Allah berada di kawasan yang lebih tinggi iaitu di atas angkasa raya dan angkasa raya yang dipenuhi air berada di bawahnya. Kedua-duanya adalah terpisah daripada satu sama lain. Alam ini dan hidupan yang terdapat didalamnya memerlukan air tetapi Arasy agak berbeza kerana ia berada di atas air dan ia tidak memerlukan air. Justeru Arasy berada di dimensi yang berbeza. Ia adalah benda ghaib dan berada di alam ghaib.

Ayat-ayat seumpama ini adalah peringatan kepada para saintis supaya tidak the universe 5tenggelam lemas dalam lautan sains sehinggakan mereka mengingkari kewujudan alam ghaib. Sains bukanlah segala-galanya. Ada perkara dalam kehidupan dan alam ini yang tidak mampu diukur oleh sains.

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik

Keajaiban Alam Semesta Untuk Difikirkan…

By admin On June 20th, 2010

the galaxy-6Menarik dan ajaib sekali bilamana kita membicarakan tentang alam angkasa raya. Ia mencetuskan rasa insaf didalam hati betapa Allah Maha Besar, Maha Perkasa  & Maha tinggi..

Bintang-bingtang adalah objek-objek besar di kosmos jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimasakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. (Terdapat berbilion galaksi di angkasa raya). CNN.Com bertarikh 23 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini adalah berdasarkan kiraan yang dibuat oleh para pengkaji daripada Australian National University. Jumlah ini bermaksud sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu!

Di dalam Alquran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh dalam surah al-A’raaf ayat 54, Allah menyatakan, ” Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahnya.” Antara faedah-faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi penunjuk jalan terutamanya bagi para pengembara.

Berhubung dengan ini dalam surah an-Nahl ayat 16, Allah berkata, “Dan dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk”.

the milky way

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik