Doa Malaikat

By admin On April 23rd, 2010

Doa34

 

11 Jenis Manusia Di Doa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk man usia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis man usia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersa man ya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di man a ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Oraikhlasng yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di man a pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Sumber : Lanjutan Email

KUASA MINDA

By admin On April 17th, 2010

neural network

SUB CONCIOUS MIND

Aktiviti manusia dibentuk oleh minda kita. Jika minda kita lemah badanpun akan menjadi lemah dan jika minda kita positif dan dinamik maka diri kita yang zahir inipun akan menjadi positif dan dinamik juga. Oleh sebab itu hendaklah serapkan minda kita dengan idea-idea kejayaan dan kemenangan sehingga kejayaan dan kemenangan itu hadir kepada kita InsyaAllah.

Tahukah anda otak manusia mengandungi 12,000 sehingga 15,000 milion sel-sel. Satu sel otak manusia bersamaan kuasanya dengan sebiji komputer. Lalu cuba bayangkan berapa banyak perkara boleh kita programkan di dalamnya. Percakapan dan pemikiran seeloknya hendaklah dikawal. Sentiasa katakan boleh dan tidak sebaliknya iaitu tidak boleh. Katakan kepada minda saya boleh dan saya sanggup disamping letakkan matlamat dan tujuan usaha kita itu. Perkara negatif seperti “aku susah bangun pagi, sering lemah-lemah, ramai orang tak sukakan aku, susah dapat duit, susah dapat pekerjaan dan 1001 macam perkara usahlah diungkapkan.

Jika anda bercakap sekali, ianya akan mengeluarkan gelombang di alam ini sebanyak 5000 kali. Jika anda bercakap 20 kali maka menjadi 100 ribu kali. Ini bererti perkataan negatif yang anda ungkapkan itu akan bergerak di alam ini sehingga perkataan negatif itu akan terjadi dalam hidup anda. Disebabkan itu katakanlah perkataan-perkataan positif seperti “saya cantik, saya sentiasa tenang, saya akan senang, saya disukai ramai dan sebagainya. Bukankah kata-kata itu merupakan satu doa maka katakanlah perkara-perkara yang baik sahaja.

h2o_world_in_the_hand_260Lalu belajarlah mengawal sikap mental kita, dimana salahnya dan bagaimana untuk mengubahnya. Manusia perlukan 21 hari tempoh berpantang terhadap segala jenis tabiat buruk untuk dirubah, setelah itu kebiasaan tabiat buruk tersebut InsyaAllah dapat dibuang..Gambarkan di dalam minda matlamat perubahan kita contohnya untuk mencari redha Ilahi atau untuk membuktikan rasa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W.

Sebahagian dipetik dari buku RAHSIA KEJAYAAN Oleh Ustaz Mohd Arief

Doa Rasulullah S.A.W

By admin On April 15th, 2010

doa 6

Peristiwa Disebalik Doa Ini

 

Masih ingat peristiwa Nabi dikejar dan dibaling batu oleh penduduk Thaif?.. Peristiwa disebalik doa di sebelah ini adalah apabila Nabi Muhammad S.A.W telah kehilangan dua pembela dan penyokong besar. Kewafatan Abu Talib iaitu pemimpin keluarga Abdul Muttalib, pembela terkemuka Nabi S.A.W dan orang terkemuka Quraisy. Juga kematian isteri Baginda tercinta Sayidatina Khadijah. Abu Talib ialah pelindung hidup kehormatan Nabi, sementara Sayidatina Khadijah mengabdi pada Islam dengan hartanya yang melimpah.

Sejak awal tahun kesebelas kenabian, Nabi S.A.W mengalami suasana penuh permusuhan dan dendam terhadapnya. Nyawa Baginda terancam terus-menerus dan Baginda tidak memperoleh peluang untuk berdakwah. Beberapa hari selepas kematian Abu Talib seorang Quraisy melemparkan kotoran ke atas kepala Nabi S.A.W.                  doa 7                                       Memandangkan suasana getir Makkah, Nabi S.A.W memutuskan untuk pergi ke kawasan lain. Ketika itu Thaif sedang membangun. Baginda mengambil keputusan untuk pergi ke sana untuk menghubungi pemimpin suku Thaif lalu mengajak mereka masuk islam.Di sana Baginda menerangkan agama Tauhid dan meminta bantuan dan sokongan. Namun seruan Baginda ditolak dan ditentang. Para pembesar menghasut orang bodoh dan juga berfikiran sempit. Kemudian Nabi S.A.W dikepung dan dihalau. Baginda pun keluar dari Thaif dan berlindung di sebuah kebun.

Setelah itu penduduk Thaif berhenti mengejar Baginda. Badan Baginda mengalami luka kerana dilempar batu-batu. Lantas Baginda pun berdoa dengan lafaz di sebelah. Doa tersebut merupakan luahan hati Baginda yang telah menempuh 50 tahun umurnya dengan kehormatan dan martabat yang tinggi di bawah perlindungan para penyokong yang sedia berkorban. Tetapi kini Baginda terpaksa menempuh dugaan yang besar. Semoga menjadi amalan untuk manfaat kita bersama.

Sumber : Zikir, Doa & Selawat Popular oleh Ustaz Mohamad Abdullah Al Amin

UJIAN KE ATAS MEREKA YANG IKHLAS

By admin On April 15th, 2010

Adakah anda seringkali merasakan diri tidak pernah dihargai oleh orang lain ataupun majikan anda? Kisah yang diambil dari lanjutan email ini agak panjang namun dapat merungkai sedikit permasalahan anda itu InsyaAllah…

KATA KATAJika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Read the rest of this entry »

Tahajjud Cinta

By admin On April 11th, 2010
madinah2
 
Buatlah air yang manis dari air limau nipis yang masam….
Tahajjud Cinta – “Disebalik & Disitulah”
 
Disebalik kelemahan disitulah kekuatan…
Disebalik kepayahan, disitulah kemudahan
Disebalik kesukaran disitu ada jalan…
Disebalik kekecewaan, disitulah harapan
Disebalik kesedihan disitulah ketenangan…
Disebalik kepahitan disitulah kemanisan..
Disebalik kekesalan, disitulah keinsafan
Disebalik kekhilafan disitulah pengajaran
Disebalik kebencian disitulah kasih sayang
Disebalik kepalsuan disitulah kebenaran & keikhlasan
Disebalik kepedihan disitulah penawar hati rawan
Disebalik ketidaksempurnaan disitulah permulaan
Disebalik kegundahan..disitulah kesyukuran…
 
 Disebalik” itulah segala bentuk ujian kesabaran..
dan “Disitulah” terbitnya jalan – Tahajjud penawar hati & jiwa …
Dalam Tahajjud ada penawar rindu, duka dan cinta hakiki…
 
tahajjudJika anda rasa disakiti, janganlah anda menyakiti
Kelak anda kesali…
Jika anda dibenci, janganlah anda membenci
Kelak kebencian itu memakan diri…
iika anda mengasihi, jangan harap kasih itu kembali Kelak anda tangisi…
Jika anda merasa putus asa, jangan mudah menyerah diri
kelak kegagalan menimpa diri…
 
Jika anda merasa dunia membuatkan anda sukar bernafas
Bertahajjudlah…InsyaAllah disitulah permulaannya..
Usah merasa ragu kerna itu anugerah yang istimewa..
Tak ternilai seisi dunia…
Hanya untuk umat Muhammad Rasulullah S.A.W.
Selamat Bertahajjud…

Al-Kahfi, Al-Waqiah, As-Sajdah, Yaasin, Ad-Dukhan, Al-Mulk

By admin On April 10th, 2010

Al-WaqiahHeaderKELEBIHAN & FADHILAT

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

al-quran al kahfiSURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

alquran1SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

http://www.ehoza.com

RAHSIA CAHAYA

By admin On April 7th, 2010

Rahsia Cahaya Dalam Waktu Solat

 

RainbowsDunia diantara dua cahaya atau sempadan warna,sebenarnya diukur dlm islam sebagai peralihan waktu sembahyang.Waktu² peralihan ini adalah permulaan cahaya² baru dgn warna mulai terbentuk.Penyembuhan atau penyakit paling aktif akan berlaku akan berlaku di sempadan warna ini. Percayalah masih banyak lagi misteri dlm peralihan waktu cahaya ini. Oleh itu WARNA adalah kuasa rawatan yg amat relevan & paling menyeluruh kerana tubuh kita diselubungi dan dipenuhi dgn tahap² meridian kuasa WARNA yg paling menakjubkan. CAHAYA menghasilkan tenaga tekanan apabila berlaku pertembungan udara panas dan lembab dgn udara sejuk dan kering.cahaya ada gelombang elektrik dan dlm cahaya ada warna.Setiap kali azan(masuknya waktu solat)atmosfera akan menjadi sejuk dan gelombang ini akan menyebabkan satu tekanan rendah berlaku(terjadinya getaran).Peralihan waktu solat adalah permulaan peralihan gelombang baru atau cahaya² baru dgn warna mulai terbentuk.Melengah-lengahkan waktu solat akan mendedahkan seseorang kepada tekanan rendah yg boleh menjejaskan aktiviti sel. 

 

CARTA PERALIHAN WARNA/WAKTU SOLAT

Peralihan Warna

Waktu Solat

Maksud Warna

 
 
Biru Muda

Subuh

Penawar/Komunikasi

 
 

Kuning

Zohor

Ceria

 
 

Oren

Asar

Kreatif

 
 

Merah Hati

Maghrib

Keyakinan

 
 

Indigo(kegelapan)

Isyak

Ketenteraman/Kedamaian  
 

Inilah rahsia mengambil wudhuk lima kali sehari yg bertepatan dgn konsep basah dan kering secara berulang-ulang bagi mengimbangi wap-wap air di persekitaran tubuh dan di waktu inilah perlu diambil kesempatan atau dijadikan amalan untuk rawatan pelbagai penyakit misteri dan kronik

http://www.freewebs.com/cvtherapy/bahanbacaan.htm

AYAT-AYAT SYIFA

By admin On April 5th, 2010

atomPenyembuh.

Ayat-ayat Syifa ini amat bertepatan dijadikan amalan sebagai ikhtiar penyembuh penyakit.

Enam ayat Al-Qur’an ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Rahsia ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW. Ayat-ayatnya ialah : (Sila rujuk Al-Qur’an untuk ayatnya)

Surah al-Tawbah : 14  ” Dan (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati orang yang beriman”.

Surah Yunus : 57 ” Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada.”

Surah al-Nahl : 69 “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”

Surah al-Isra’ : “Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.”

Surah al-Syu’ara : 80 “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”

Surah al-Fussilat : 44 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”

Selawat Syifa : Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.”

Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ismail Kamus.

PERSAHABATAN

By admin On April 4th, 2010

Adab-Adab Dalam Bersahabat

sahabatTerdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”.

Ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat. Al-Qamah iaitu seorang ulama’ masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat antaranya :

1) Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2) Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3) Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4) Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Sayidina Ali k.m.h pernah berkata : ” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang).  Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”.

Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.

Dipetik dari Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ismail Kamus.

Fadhilat Dhuha

By admin On April 4th, 2010

dhuha1Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari segalah (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha :  ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha. (Surah lain juga boleh).

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa :
 

doa dhuhaMaksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).
” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

dhuha

(HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher