Solat Subuh Berjamaah
By admin On March 28th, 2010
Menyingkap 1001 Hikmah Solat Subuh
“Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang islam kecuali pada satu perkara. Iaitu apabila jumlah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat”.
Apakah yang dapat kita petik dari pernyataan ini? Ternyata orang Yahudi lebih peka dengan keadaan kita dari kita sendiri. Betapa selama ini ramai kaum Muslimin terlena dalam malam yang panjang sehingga yang tersisa hanyalah segelintir (warga emas yang mendominasi/ dimana pemuda pemudinya?) yang membentuk sederet dua saf pada solat subuh. Namun itu semua disedari oleh golongan Yahudi.
Memang kalau kita huraikan permasalahannya akan lebih rumit. Pemahaman dan kesedaran kebanyakan kaum Muslimin masih lemah. Dengan berbagai alasan akhirnya mereka lebih memilih untuk solah di rumah. Suatu fenomena yang jika terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W. mereka akan diancam dengan dibakar rumah mereka. Bahkan bagi sebahagian Muslimin kewajipan solat dikesampingkan oleh berbagai kepentingan dunia dan tentunya bisikan syaitan. Na’udzubillah..
Dalam lima waktu solat wajib yang diperintahkan kepada kita, Dr Raghib as Sirjani lebih memfokuskan titik permasalahan kepada satu waktu: solat, iaitu solat Subuh. Tentu ini tidak bermaksud untuk membezakan satu kewajipan dengan kewajipan yang lain. Tetapi berdasarkan kajian epistemologi dan analisis aksiologi, solat Subuh mempunyai kekuatan yang luar biasa. Pahala yang dijanjikan Allah dalam solat Subuh dan aktiviti lain yang dikerjakan sebelum dan sesudahnya begitu besar. Wajar solat Subuh ditunaikan diantara waktu teristimewa iaitu sepertiga malam terakhir dan waktu fajar.
Kesan sosial yang timbul dari perlaksanaan solat Subuh tidak boleh dipandang ringan. Perlaksanaannya yang tepat sesuai waktu akan mendorong peningkatan aktiviti seharian seorang Muslim. Ini bukannya tanpa bukti. Penulis menganalogikannya dengan kehidupan masyarakat Eropah dan Amerika yang rajin bangun pagi, meskipun hanya sekadar berjalan-jalan dengan anjing mereka.
Memang penulis tidak mengatakan bahawa perlaksanaan solat Subuh sebagai satu-satunya penyelesaian utama berbagai permasalahan umat. Namun ia menjadi sumbangan pemikiran yang sangat bererti dalam kehidupan umat ini, di dunia mahupun akhirat.
Dipetik dari buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani

Anda memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar.
[1] 


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
Jangan mudah berputusa asa sekiranya masyarakat disekeliling anda bermacam karenah dan ragamnya kerana apa yang penting sejauh mana kebijaksanaan anda dalam berhikmah menghadapi mereka. Marilah kita dengarkan hadis di bawah :
Daripada Abdullah bin Mas’ud al-ansori r.a. Nabi S.A.W bersabda : 