By admin On January 28th, 2010
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku
bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan….
3 Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.
4 Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah”
sebanyak 3X.
5.. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku
sebenarnya.. ….(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.”
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!)..
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
Posted in Motivasi & Penawar Hati | No Comments »
By admin On January 26th, 2010
Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
” Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah…Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka….
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya
.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
Posted in Tazkirah | No Comments »
By admin On January 26th, 2010
RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata
buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri.
Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [BHarian 2010/01/05]
Posted in Tazkirah | No Comments »
By admin On January 19th, 2010
Berlian Di Dalam Diri
Adakah saudara percaya bahawa di dalam diri anda terdapat berlian yang berharga? Ya, sebenarnya di dalam diri saudara terdapat berlian berharga. Berlian adalah batu permata paling berharga di dunia. Dalam bentuk yang asli, ia adalah karbon dalam bentuk paling pekat. Berlian terhasil lebih kurang 161 kilometer atau 100 batu di dalam bumi.
Bagi menghasilkan berlian karbon di dalam bumi perlu mendapat tekanan seberat 435,113 paun bagi setiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu yang tidak kurang daripada 400 darjah celcius. Apabila kedua-dua tekanan dan suhu ini tidak mencapai tahap yang disebutkan berlian tidak terhasil. Sebaliknya yang terhasil adalah grafit. Grafit adalah karbon yang lembut yang dapat
dibeli di tepi jalan dalam bentuk pensel dan alat pelincir. Keb anyakan berlian yang kita lihat pada hari ini terhasil di bawah bumi jutaan tahun dahulu. Ini menjadikan berlian bahan mineral paling keras di muka bumi.
Sebenarnya manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih daripada 18% jasad manusia terdiri daripada karbon. Namun berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabarannya diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis. Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu dia mencapai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.
Dipetik : 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr Danial Zainal Abidin
Posted in Motivasi & Penawar Hati | No Comments »
By admin On January 19th, 2010
Ujian Serlahkan Potensi Diri Anda
Manusia menjadi lebih matang dan mantap selepas diuji. Tanpa ujian potensi dirinya tidak terserlah. Justeru, kita sepatutnya bersyukur apabila mendapat ujian. Imam Ghazali menjelaskan kepada kita bagaimana hendak melihat ujian secara positif. Bagi setiap ujian dunia seperti miskin, sakit, takut dan bencana, terdapat lima perkara yang perlu disyukuri. Kelima-lima perkara itu mengikut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin adalah :
1) Musibah dan kesakitan bukan kuasa yang menentukan jalan hidup. Kuasa yang menentukan jalan hidup kita adalah Allah. Justeru segala ujian yang menimpa adalah kecil. Yang besar adalah kekuasaan Allah yang menentukan segala-galanya.
2) Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama. Berhubung dengan ini Imam Sahl bin Abdullah berkata ”Bersyukurlah kepada Allah kerana (imanmu masih mantap). Sebaliknya apabila syaitan memasuki hatimu dan merosakkan tauhidmu maka apakah yang hendak kamu lakukan?” Omar al-Khattab berkata, ”Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya 4 ni’mat. Pertama ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga aku akan mendapat keredhaanNya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya.
3) Berbanding akhirat azab di dunia ringan dan sekejap. Tambahan pula, ujian di dunia dapat dikurangkan dengan pelbagai cara sedangkan hal ini tidak dapat dilakukan apabila berkaitan dengan azab akhirat.
4) Penderitaan i
tu adalah sebahgian daripada ketetapan Allah. Lantas apabila ketetapan itu berlaku berkuranglah ujian ke atasnya dan mungkin juga akan datang selepas itu kesenangan dan kebahagiaan.
5) Ujian-ujian di dunia ini adalah jalan mencapai kebahagiaan di akhirat. Ujian di dunia boleh diumpamakan seperti ubat yang pahit yang bakal mendatangkan kesejahteraan di akhirat.
Umat Islam adalah umat yang hebat kerana mereka dididik menerima ujian dalam hidup sebagai perkara biasa. Mereka menyedari ujian dalam kehidupan mendatangkan banyak kelebihan dan kebaikan pada mereka. Antara kebaikan itu mereka dinaikkan darjat di sisi Allah. Kesusahan menyebabkan dosa-dosa mereka diampunkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhri dan Muslim, nabi berkata ”Tidak ada satupun musibah yang menimpa ke atas seorang Muslim samada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan sehingga duri yang terkena di badannya melainkan ia menjadi kifarat baginya daripada dosa-dosa.
Allah memberi jaminan bahwa kesusahan adalah jambatan kepada kejayaan….Hebat bukan?..
Dipetik : 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr Danial Zainal Abidin
Posted in Motivasi & Penawar Hati | No Comments »
By admin On January 19th, 2010
Kedasyatan Yang Ditempuhi Manusia Di tempat Penantian
Gunung-ganang menjadi seperti bulu yang berhamburan. Malaikat-malaikat turun dari penjuru-penjuru langit ke bumi tempat mereka menanti sambil mempersucikan Tuhan mereka. Bayangkan bagaimana keadaan mereka turun dari langit dengan tubuh yang besar-besar serta membawa ancaman bahaya kepada makhluk yang menunggu. Suara mereka yang gegak gempita serta angkatan yang luar biasa hebat dan ramainya.
Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anda pada saat itu, bagaimana terperanjatnya semua makhluk melihat malaikat-malaikat itu turun. Sudah tentulah makhluk sangat kuatir bahawa malaikat itu diperintahkan untuk mengambil mereka. Lalu mereka turun membuat barisan sambil menundukkan kepala demi menunjukkan betapa besarnya kedasyatan pada hari itu. Mereka pun menutup sayap mereka dan menundukkan kepala untuk menunjukkan ketundukan kepada Tuhan mereka.
Begitulah jua yang dilakukan oleh semua malai
kat di langit yang lain sehingga ke langit yang ke tujuh. Bilangan penduduk langit (malaikat) yang di atas adalah melebihi bilangan malaikat di langit yang di bawah.Begitu juga dengan tubuh badan mereka yang lebih besar dari tubuh badan malaikat yang di bawahnya. Suara malaikat yang berada di langit lebih atas lebih tinggi nadanya dari suara malaikat di langit yang di bawah. Setelah tempat penantian itu dipenuhi dengan seluruh penduduk tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, lalu haba panas matahari dipasang sama kepanasannya dengan kepanasan selama dua puluh tahun. Kemudian matahari dihampirkan kepada semua makhluk sejauh dua busur panah. Pada hari itu tidak ada tempat untuk berteduh melainkan teduhan Arash Allah.
Sebahagian petikan Detik-Detik Cemas Di Padang Mahsyar Susunan Oleh Muhammad Ramzi Omar
Posted in Tazkirah | 1 Comment »
By admin On January 13th, 2010
ZAHIR & ROHANI PERLUKAN KESIMBANGAN
Sedarkah kita manusia tercipta dan berfungsi oleh 2 unsur iaitu zahiriah dan rohaniah. Mungkin semua kita sedar akan hakikat namun keterbiasaan kita terhadap hakikat itulah menjadi punca kealpaan kita terhadap sejauh mana kita telah berlaku adil terhadap kedua-dua unsur ini. Secara sedar atau tidak kita seringkali berlaku tidak adil dan berat sebelah terhadap keperluan roh kita. Mengapa?…Kerana kita tahu tapi kita tidak nampak. Hanya mereka yang terbuka mata hati boleh melihatnya. Dan betapa ramai nya kalangan kita yang tertutup mata hati oleh sebab penyakit-penyakit hati yang dibiarkan melarat tanpa ada usaha untuk merawat dan menghidupkannya….
Maka lahirlah manusia yang hidup melebihi keperluan, bermewahan, terlebih makan zahirnya nampak sihat namun kalau sudah terlebih makan tidak sihat juga namun apa yang lebih menyedihkan rohnya merana merintih kerna kesakitan namun si empunya badan masih tertutup mata hati tiada sedikitpun usaha untuk memberikan makanan rohnya. Kesudahannya didunia mungkin untung dan mungkin rugi yang pasti akhirat sangatlah rugi.
Jika zahir tubuh badan manusia itu tercipta oleh Allah dari tanah dan akan kembali kepada tanah jua. Namun terciptanya Roh itu rahsia dari Allah dan betapa istimewa penciptaanya itu sehingga sujud nya para malaikat kecuali Iblis maka kembalinya juga kepada Allah..
Jika zahir tubuh manusia itu memerlukan makanan yang bersumberkan dari bumi selari dengan penciptaannya maka begitu jugalah keadaannya bilamana Roh memerlukan makanan yang datangnya dari langit sebagaimana penciptaannya. Kerna itulah datangnya para rasul dan anbiya’ untuk membimbing manusia dengan ilmu Allah. Sedangkan zahir manusia tidak diajar pun secara fitrahnya sudah tahu bagaimana untuk hidup, melahirkan anak, membesarkan anak dan sebagainya.
Maka dengan itu kita lebih-lebihkan lah makanan Rohaniah seiring dengan keutamaan yang kita berikan kepada zahiriah. Sejauh manakah kita telah perbaiki setiap amalan perbuatan kita seperti solat, puasa, sedekah, zikir dan sejauh mana pula perhatian diberi terhadap kualiti amalan kita itu. Lantaran sejauh mana pula didikan dan ajaran kita dalam mengutamakan makanan rohani terhadap anak isteri dan keluarga kita..
Keutamaan yang kita beri kepada zahir dengan mengabaikan roh maka setakat itulah yang kita akan dapat..Dunia yang fana..Namun andai keduanya diutamakan InsyaAllah dunia kita akan dapat kampung akhirat apatah lagi InsyaAllah tidak akan rugi..
Wallahu’alam…
Posted in Tazkirah | No Comments »
By admin On January 10th, 2010
Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda:
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan:
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
……dan yang paling penting dibawah ini……..
selamat beramal…..
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Posted in Tazkirah | 1 Comment »
By admin On January 10th, 2010
According to Michael H.Hart ; ”My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential person may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world’s great religions and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive”.
# Then why some of muslims are still reluctant to recognise Rasulullah’s way of life when western people had recognised him as supremely successful. Let us try our level best to be a good practising muslim & Sunnah Rasulullah S.A.W..
Posted in Rasulullah SAW | No Comments »
By admin On January 8th, 2010
Waktu-Waktu Mustajab Berdoa
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-
- Semasa Lailatul-Qadar.
- Ketika hujan turun.
- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
- Di tengah malam.
- Di antara azan dan iqamah.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
Posted in Tazkirah | No Comments »