Hadiri Majlis Ilmu

By admin On November 29th, 2009

MAJLIS ILMU MENGHIDUPKAN HATI

 

Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:

Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud : ” Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan”.

 

Maka itu sepertimana mahunya kita memiliki yang hidup hati dan yang baik, sehebat itulah kita berusaha melapangkan masa menghadirkan diri majlis percikan iman di majlis-majlis ilmu, moga-moga Allah SWT membasahi jiwa-jiwa kita dengan cahaya Al-Haq, moga-moga kita mendapat hidayah dan taufik yang berterusan dariNya.

Qiyamullail Penawar Jiwa Pelembut Hati

By admin On November 29th, 2009

Bertahajjud Bersama-sama orang yang Bertahajjud

 

Qiyamullail akan

 menciptakan kebahagiaan jiwa dan keselamatan di dalam dada. Rasulullah S.A.W telah menyebutkann di dalam hadith shahih bahawasanya jika seorang hamba bangun malam lalu mengingati Allah baik dengan lisan mahupun hati, kemudian ia berwudhu’ dan solat ia akan menjadi bersemangat dan bersih jiwanya.

 Firman Allah :

”Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam” Adz-Dzariyat : 17

 ”Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu” Al-Isra’ : 79

Solat malam dapat menghilangkan berbagai penyakit dalam diri manusia.

Tidak usahlah anda menangisi sesuatu yang fana’. Sebab segala sesuatu yang ada di dalam dunia ini adalah fana’ kecuali Dzat Allah Yang Maha Suci.

Manusia yang sedih kerana urusan dunia tidak ubahnya seperti anak kecil yang kehilangan mainannya.

Jadikan diri anda sebagai wali dan kekasih Allah agar anda mendapat kebahagiaan. Orang yang paling berbahgia adalah orang yang menjadikan tujuan utamanya dan sasaran puncaknya mencintai Allah.

 

Alangkah indahnya Firman Allah :

”Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka pun mencinatai Allah..”Al-Ma’idah : 54

Oleh : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni :Jangan Bersedih