Mengapa Terlalu Sukar Memaafkan

By admin On May 29th, 2009

         Maafkanlah.. 

 Seandainya diri kita pernah ditipu orang…

Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…

Seandainya diri kita pernah difitnah orang…

Seandainya diri kita pernah dihina orang…

Seandainya diri kita dizalimi orang…Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama berhari-hari…berbulan-bulan…bahkan bertahun-tahun pun ada.Retak serta lukanya hati hingga berdendam seluruh keturunan hingga generasi ke generasi.

 Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah bahkan bayang-bayang pun tak mahu melihatnya kerana dosanya terhadap kita terlalu pedih bila terkenang-kenang.

‘Alangkah nabi maafkan umatnya inikan pula kita…Itu nabi tapi aku hanya manusia biasa!’….satu perpatah yang sering terdengar jika hati keras untuk tidak memaafkan orang…

  

Apa Allah kata…..

 

Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?

Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAMU?

Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?

Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU?

Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu)? 

 

Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapiAku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut.                                                                            Sebahagian petikan hadis qudsi.

Maka andainya ada manusia lain pernah berbuat dosa kepada diri kita lalu ia memohon maaf. Terimalah kemaafannya kerana kita hanyalah hamba yang tidak berupaya….sedangkan Allah itu lagi Maha PEMURAH dan Maha MENGASIHANI….maka layakkah seorang hamba berbuat demikian?

  

jika manusia itu tidak memohon maaf kepada kita maka cubalah ikhlas untuk memaafinya kerana Allah itu lagi Maha PENGAMPUN…maka layakkah seorang hamba bersifat sedemikian?

Ingatlah….dan sedarlah diri ini jua tidak terlepas dari berbuat dosa…lalu kepada siapa kita memohon keampunan? kita mengharapkan Allah mengampuni dosa kita lalu….

Mengapa terlalu sukar memaafkan?

 

 

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.

By admin On May 28th, 2009

Ujian + Hikmah

 

 

 

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau

masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

 

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

 

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

 

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

 

”Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. ”

 

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

 

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

 

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

 

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Zalikha
editOr:mawaryangtinggi

Senyum + Syukur

By admin On May 23rd, 2009

Mulai Pagi Anda Dengan Senyum & Syukur

 

Firman Allah SWT yang bermaksud :

 

“Barang siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita terhadap dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada Allah melainkan bertambah jauh. Tidak akan bertambah didunia melainkan keletihan. Tidak akan bertambah di akhirat melainkan kepayahan. Allah akan mencampakkan rasa dukacita yang berterusan kesibukan yang tiada kerehatan, kefakiran yang tidak memperoleh kekayaan dan angan-angan yang memanjang ke dalam hatinya.

 

Wahai anak adam, setiap hari umurmu berkurangan sedangkan engkau tidak menyedarinya. Setiap hari Aku memberi rezki kepadamu tetapi engkau lupa untuk memuji Ku. Tidak memadai bagimu terhadap apa-apa yang sedikit. Tidak pula engkau merasa puas terhadap apa yang banyak.

 

Wahai anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripada Ku rezki untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezki Ku kemudian kamu membalasinya dengan melakukan kederhakaan terhadap Ku.

 

Kamu memohon daripada Ku lalu  Aku perkenankan permohonanmu itu. Kebaikan daripada Ku sentiasa mengalir kepada mu dan kejahatan daripadamu sampai kepada Ku. Sesungguhnya Aku adalah sebaik-baik Tuan kepada mu dan engkau adalah sejahat-jahat hamba kepada Ku.

 

Engkau menanggalkan daripada Ku apa-apa yang Aku berikan kepadamu. Aku tutupkan kejahatan demi kejahatanmu. Aku malu terhadapmu tetapi engkau tidak merasa malu dengan Ku. Engkau melupai Ku dan mengingati selain daripada Ku. Engkau merasa takut kepada manusia tetapi merasa aman terhadap Ku. Engkau merasa gentar dengan marah manusia tetapi engkau merasa aman terhadap kemurkaan Ku”.

 

* Mulai pagi anda dengan senyuman dan kalimah Alhamdulillah..

 

(Petikan Hadis Qudsi Kitab Imam Al-Ghazali: Al-Mawa’iz Fil Ahadis Al-Qudsiah)

 

Bersyukur

By admin On May 23rd, 2009

Tidurlah Bersama Kesyukuran Jangan Tidur Bersama Kesedihan

 

Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan seorang daripadanya telah memukul sahabatnya.

 

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir :

          ”Hari ini sahabat baik ku telah memukulku”

 

Mereka kemudian meneruskan perjalanan bersama-sama. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan tubuhnya. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.

 

Sahabatnya terjun dan Berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut ia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan :

          ”Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawa ku”

 

Sahabatnya bertanya : ”Tadi sewaktu aku memukulmu engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?”

Jawab sahabat tersebut : ”Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila-bila…”

 

Begitulah dengan kehidupan ini ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segera boleh melupakannya. Namun sebaliknya apabila kita mengecap nikmat daripada Allah SWT atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila.

 

Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedaimaian hakiki: lupakanlah dan maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.

 

Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur menjadi seperti racun yang direngguk, bisanya menyelinap ke seluruh tubuh dan kemudian membunuh kebahagiaan dan kedamaian diri.

 

Justeru itu tidurlah bersama kesyukuran jangan tidur bersama kesedihan.

 

Dipetik dari buku U-Turn Ke Jalan Lurus Oleh Zul Ramli M.Razali

Kebajikan Yang Tidak Berakhir

By admin On May 19th, 2009

Rasulullah SAW bersabda : 

 

‘Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-

  1] Shadaqah jariah
  2] Ilmu yang bermanfaat
  3] Anak shalih yang mendoakannya.

(HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa’i dan Ahmad ) 

    SADAQAH JARIAH – KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH – THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU

1.     Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah

Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit       menggunakannya, anda dapat hasanah

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3.       Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

Share constructive reading material with someone

4.       Bantu Pendidikan seorang anak

Help in educating a child

5.       Ajarkan seseorang sebuah do’a.
     Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah

Teach someone to recite a  doa . With each recitation, you will gain hasanaat

6.       Berbahagi CD Quran atau Do’a

Share a  doa  or Quran CD

7.      Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta

Participate in the building of a mosque   thru wealth or strength

8.      Letakkan pendingin air di tempat umum

Place a water cooler in a public place

9.       Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

10.   Bagikan pesanan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
 dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Share this with someone.

 

 

 

 

 

Jangan Bersedih…

By admin On May 15th, 2009

Jangan Berdukacita kerana sesungguhnya dunia terlalu hina untuk membuat anda bersedih hati

Tulisan ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni dalam buku Jangan Bersedih…

Puisi Ibnu al-Mubarak :

Wahai orang yang mencela dan menghina orang lain,adakah engkau lepas dari ujian dan cubaan?Atau Engkau punya janji kuat dari hari-hari? Engkau adalah orang bodoh dan tertipu.

Maksudnya : Wahai orang yang selalu menghina dan memperkecilkan orang lain, adakah anda terikat janji supaya tidak ditimpa musibah seperti mereka? Ataukah hari-hari sudah memberi jaminan untuk keselamatan anda dari berbagai-bagai bencana dan cubaan? Lantas mengapa anda selalu mencela.

Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan, biarlah kita dihina dan diumpat, jangan kita mengumpat dan menghina orang lain. Bercakap perkara yang benar mengenai seseorang adalah mengumpat,bercakap perkara yang dusta mengenai seseorang adalah fitnah. Keduanya harus dihindar. Jangan bersedih jika dihina dan dicerca, kerana mereka juga manusia seperti kita..kita lebih bertuah kerana bergantung kepada Allah, bukan pada manusia…

Beristighfar selalu memohon keampunan dari Allah, manalah tahu saat dan masa roh dicabut..maut itu pasti datang kepada tiap-tiap seorang, tidak kira orang yang zalim ataupun dizalimi,yang kuat ataupun yang lemah, yang kaya mahupun yang miskin.

“Buatlah minuman yang manis dari air limau nipis yang masam”

Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan dari melayani kesedihan anda, seperti mengemas ruang pejabat, mengemas rumah,menziarah orang sakit, menghiburkan anak-anak yatim, bersedekah, bersukan, membantu orang miskin, bercucuk tanam, menghias rumah dan pejabat, membuat kek dan biskut serta macam2 pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil pada anda.

 

“Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih dan berdukacita”

Keajaiban Nombor Dalam Al-Qur’an

By admin On May 14th, 2009

Keajaiban Angka Dalam Al-Qur’an

Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.

Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :

    Solat – 5 kali

    Dunia             - 115 Kali       : Akhirat – 115 Kali

    Malaikat – 88 Kali                : Syaitan – 88 kali

    Hidup – 145 Kali                  : Mati – 145 Kali

    Faedah – 50 Kali                 : Kerugian – 50 Kali

    Ummah – 50 Kali                 : Penyampai – 50 Kali

    Bala/Musibah – 75 Kali      : Bersyukur – 75 Kali          : 

    Bersedekah – 73 Kali         : Berpuashati – 73 Kali

    Orang Sesat – 17 Kali        : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali

    Muslimin – 41 Kali              : Jihad – 41 Kali

    Emas – 8 Kali                       : Kemurahan Hidup – 8 Kali

    Keajaiban – 60 Kali             : Fitnah – 60 Kali

    Zakat – 32 Kali                     : Berkat – 32 Kali

    Minda – 49 Kali                    : Nur – 49 kali

    Lidah – 25 Kali                     : Sumpah – 25 Kali

    Nafsu – 8 Kali                       : Ketakutan – 8 Kali

    Kesusahan – 114 Kali        : Kesabaran – 114 Kali

    Muhammad –  4 kali           : Syariat – 4 Kali

    Lelaki – 24 Kali                    : Perempuan – 24 Kali

    Bulan – 12 Kali                    : Hari – 365 Kali

    Lautan – 32 Kali                  : Daratan – 13 Kali

    Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali  : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali       

    Bercakap di khalayak – 18 Kali   : Berdakwah – 18 Kali

 

v    LAUT & DARAT : 32 + 13 = 45

Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus

Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus

JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %

 

Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.

Peristiwa Isra’ & Mikraj

By admin On May 13th, 2009

Isra’ & Mikraj

 

Isra’ dan Mikraj adalah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Baitul-Maqdis (Palestin) kemudian naik ke Sidratul Muntaha serta kembali semula ke Mekah dalam waktu sehari semalam. Di dalam Al-Qur’an (Surah Al-Isra’: 1) Allah menjelaskan tentang Isra’ : ”Maha suci Dia (Allah) yang telah memperjalankan hamba Nya (Nabi Muhammad SAW) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

 

(Gambar:Masjid Al-Aqsa)

Manakala tentang Mikraj Allah SWT menjelaskan dalam Al-Qur’an yang maksudnya : ”Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibrail itu ( dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. (Dia melihat Jibrail) ketika Sidratul Muntaha diliputi oelh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari arah yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar”. (An-Najm : 13-18)

 

Peristiwa menakjubkan ini berlaku di suatu malam dimana Malaikat Jibrail turun dengan buraq (binatang kenderaan Nabi dijadikan dari cahaya) lalu bertemu baginda dan membawanya ke Baitul Muqaddis, seterusnya naik ke langit dan Sidratul-Muntaha. Dalam perjalanan tersebut Nabi SAW menempuh pelbagai pengalaman dan dapat melihat Syurga dan Neraka serta bertemu dengan Allah SWT bagi menerima perintah untuk mengerjakan Solat Lima Waktu.

Al-Qur’an Satu Mu’jizat Nabi

By admin On May 13th, 2009

Al Qur’an Mu’jizat Teragung

Al-Qur’an adalah mu’jizat Nabi Muhammad SAW yang terbesar dan teragung. Di dalam Al-Qur’an mempunyai rahsia terpendam yang sudah diketahui dan juga belum diketahui.

 

Firman Allah SWT : “ Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawasanya kami telah menurunkan kepada mu Al-Kitab (Al-Qur’an) sedang dia dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya dalam Al-Qur’an itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman” (Al-Ankabut : 51)

 

Sejak zaman berzaman iaitu lebih 1400 tahun Al-Qur’an diturunkan Ilmu yang diceduk dari dalamnya tidak habis-habis. Semakin digali semakin dalam ilmu yang diketahui seolah-olah ilmu di dalam Al-Qur’an tidak ada dasarnya. Dalam hal ini Allah SWT elah berfirman : “Dan andaikata semua pohon yang ada dibumi ini dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta dan ditambah lagi dengan tujuh lautan sesudah itu maka tidak akan habis kallimat Tuhan (yang hendak dituliskan itu)” (Luqman :27) Begitulah mu’jizat Nabi Muhammad SAW. Subhanallah!

 

Allah SWT telah mencabar seluruh pemikir serta cerdik pandai di muka bumi ini untuk membuat dan mendatangkan satu surah seumpamanya. Seperti firman Nya yang bermaksud : “Katakanlah! Sekiranya seluruh manusia dan jin berkumpul untuk membuat serupa Al-Qur’an ini, pastinya mereka semua tidak dapat membuat yang serupa dengan dia walaupun mereka saling tolong menolong” (Al-Isra : 88)

 

Dan firman Nya lagi “Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al-Qur’an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad) buatlah satu surah (sahaja) yang seumpama dengan Al-Qur’an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar” (Al-Baqarah:23)

 

Begitulah cabaran Allah SWT kepada umat manusia. Dan dalam sebuah hadith sahih Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya : ”Aku telah tinggalkan pada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan tersesat jika kamu berpegang teguh pada dua perkara tersebut iaitu : Kitabullah (Al-Qur’an) dan Sunnah Rasulullah (Hadith)”.

 

Firman Nya yang bermaksud : ”Sesungguhnya Kami yang menurunkan peringatan itu (Al-Qur’an) dan Kami pulalah yang tetap menjaganya” (Surah Al-Hijr:9).

Khabar Rasulullah SAW

By admin On May 12th, 2009

Khabar Dari Rasulullah SAW

 

i) Fitnah Dari Timur

Rasulullah SAW pada suatu ketika telah menudingkan jarinya ke arah timur dan memberitahu bahawa fitnah akan menimpa orang-orang Islam dari arah ini.

(Arah timur yang dimaksudkan adalah arah kedudukan Negara Iraq.) Antara peristiwa besar yang menimpa selepas sabda Rasulullah SAW adalah :

-          Pembunuhan Khalifah Umar r.a oleh orang-orang Ajam adalah di Iraq

-          Peperangan Jamal dan peperangan Siffin berlaku antara Saidina Ali dan Mu’awiyah berlaku dalam Negara Iraq.

-          Peperangan Karbala juga di Iraq

-          Fitnah oleh Mukhtar

-          Kezaliman Hajjaj bin Yusuf

-          Penjajahan orang-orang Mongol dan Turki juga di Iraq

-          Ketika ini bumi Iraq masih belum aman akibat fitnah seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW 1400 dahulu.

 

ii) Dunia Menentang Islam

Rasulullah SAW telah mengkhabarkan bahawa pada suatu ketika nanti Negara-negara di dunia akan bersatu dan menentang orang-orang Islam walaupun orang-orang Islam mempunyai bilangan yang ramai. Rasulullah SAW juga memberitahu keadaan tersebut terjadi lantaran umat Islam ketika itu terlalu cintakan dunia dan takut mati lalu perasaan takut dan gerun kepada umat Islam akan dicabut daripada hati orang-orang kafir.

(Sekarang ini jelas di depan mata kita umat Islam ditindas dan dihina. Sesungguhnya sabda Rasulullah telah benar-benar terjadi ketika ini)

 

iii) Berita Yakjuj dan Makjuj

Diriwayatkan daripada Zainab binti Jahsyin r.a katanya : Sesungguhnya Nabi SAW terjaga dari tidurnya baginda bersabda : ”Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”. Celakalah bagi bangsa arab dari kejahatan yang telah dekat. Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadith) mengisyaratkan angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata : Wahai Rasulullah apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda : Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan!”.

 

iv) Emas Tidak Berharga Lagi

Diriwayatkan daripada Abu Musa ra katanya : Daripada Nabi SAW bahawa baginda SAW telah bersabda : “Umat manusia akan didatangi suatu zaman di mana seorang lelaki berjalan ke sana sini membawa sedekah emas tetapi tiada seorangpun yang ingin menerimanya. Dapat dilihat juga seorang lelaki yang diikuti oleh 40 orang wanita yang berlindung di bawahnya kerana bilangan kaum lelaki berkurangan manakala bilangan wanita bertambah”.

 

v) Umat Terbaik.

Diriwayatkan daripada Imran bin Husain ra katanya : Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang tebaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu yang hidup selepas mereka.” Imran berkata : Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah SAW menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang diminta memberi penyaksian tetapi enggan, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan suke bermewah-mewah.