Ribut Solar

By admin On April 29th, 2009

 

Kehebatan Penciptaan Alam & Diantara Tanda-Tanda Kebesaran Allah S.W.T

                   k

Pernahkan anda mendengar tentang ribut Matahari/Solar? (Solar Storm)Tahukan anda ribut solar boleh mengakibatkan bencana kepada seluruh penduduk bumi. Seluruh sistem elektrik dan elektronik akan mengalami kegagalan untuk berfungsi pada ketika berlakunya ribut solar. Bolehkan anda bayangkan apabila sistem telekomunikasi gagal berfungsi, sistem kokpit penerbangan anda juga tidak berfungsi dan seluruh sistem yang bergantung kepada sistem elektrik dan elektronik akan berhenti berfungsi?

k

Pada saat ketika itu teknologi yang tinggi sekalipun tidak ada gunanya lagi. Lebih memburukkan lagi ia akan menyebabkan stesen transformer pengagihan elektrik berhenti berfungsi dan musnah.

l

Jika kita lihat matahari secara dekat ia umpama lautan api bergelora yang sentiasa meletus. Letusan yang besar akan melepaskan satu gelombang radiasi (CME) yang akhirnya sampai ke bumi. Kesan gelombang CME inilah yang akan mengakibatkan kemusnahan yang membinasakan.  

m

Namun sehingga kini, Alhamdulillah kita masih selamat kerana bumi kita masih dilindungi medan magnetik kutub utara dan selatan yang bergabung membina satu perlindungan medan magnetik. Medan inilah yang menepis setiap sinaran dan gelombang ribut solar yang sampai ke bumi.

j

Medan Magnetik Bumi :

Tetapi sekiranya ribut solar yang berlaku adalah dalam tenaga yang besar dan kuat maka  ada kemungkinan gelombang radiasi tersebut akan melepasi medan magnetik bumi. Jika terlepas maka ia akan menjadi satu bencana bagi penduduk bumi seluruhnya.

Perhatikanlah fenomena semulajadi ribut solar dan berfikirlah tentang kehebatan penciptaan alam ini oleh Nya.

 

1) Sistem Suria

 

 

 

 

 

 

 

   sistem suria

 sistem suria

 

 

 

2) mm,

2) Gelombang CME :

 

 

 

 

3) Aurora Terbentuk oleh CME yang melalui bumi

 Firman Allah S.W.T : At-Tariq 1-5

“Demi langit dan “At-Taariq”;
“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu? “
“(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya)”

“Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).”

“(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.”

     jkl

Tidak rugi untuk kita berfikir sesaat tentang kehebatan dan kebesaran penciptaan alam ini dan betapa kerdilnya manusia namun masih seringkali bersikap riak dan takbur. Allah telah kurniakan mata dan akal fikiran maka gunalah kombinasi keduanya itu untuk kita sentiasa berfikir muhasabah dan menginsafi diri.

Wallahu’alam,

hadee

By : Admin

Fenomena Aurora

By admin On April 29th, 2009

                       j

Kewujudan medan magnetik yng mengunjur dari kutub utara-selatan dan kutub selatan-utara oleh bumi menghasilkan satu lapisan perlindungan terhadap hentaman gelombang radiasi (CME) oleh Sistem Suria kita terhadap bumi. Kesan tepisan gelombang radiasi tersebut oleh bumi menghasilkan satu fenomena yang dipanggil Aurora.

                                j

Pemandangan Aurora sepertimana yang anda saksikan di bawah ini hanya terdapat di kawasan kutub utara dan selatan sahaja. Mengapa hanya di kutub utara dan selatan sahaja? Lihatlah sendiri  medan magnetik yang melindungi bumi mengunjur keluar dari kutub utara ke selatan dan sebaliknya selatan ke utara..

                                   j

Maksud Firman Allah S.W.T :

Al-Mulk : 3

“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”

 

1)Medan Magnetik Bumi :

 

 

 

 

 

 

2) Aurora Yang Terhasil

 

 

 

 

 

 

 

 Aurora

 

 

 

 

 

 

 

  Aurora

 

 

 

 

 

 

 

  Read the rest of this entry »

Fadhilat Beramal Dengan Al-Qur’an

By admin On April 18th, 2009

b

Banyak keutamaan yang telah diraih oleh Rasulullah SAW dan sahabatnya disebabkan mereka banyak membaca dan merenungkan isi kandungan Al-Qur’an.
Bahkan diantara sahabat Rasulullah SAW ada yang menyaksikan dan merasakannya secara langsung.
Diantara keutamaan membaca Al-Qur’an, yaitu:

1.      Akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mempunyai 2 ahli diantara manusia”. Sahabat bertanya, ”Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Ahli Al-Qur’an adalah ahli Allah, dan orang-Nya khusus.” (HR Ahmad dan Ibnu Majah)Dalam hadist yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Dikatakan kepada orang yang berteman dengan Al-Qur’an, “Bacalah dan bacalah sekali lagi serta bacalah dengan tartil, seperti yang dilakukan di dunia, karena manzilah-mu terletak di akhir ayat yang engkau baca. “ (HR Tirmidzi)
Read the rest of this entry »

Mempelajari Al Qur’an

By admin On April 18th, 2009

Keutamaan Mempelajari Al-Qur’an dan Mengajarkannya 

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman :
“Berkatalah orang-orang kafir, “Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul”. Katakanlah, “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu dan antara orang yang mempunyai ilmu Al-Kitab”. (QS. 13:43)

Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam telah bersabda :
“Orang terbaik di antara kalian adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Al-Bukhari)

Keutamaan Membaca Al-Qur’an

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,” (QS. 35:29)


Nabi telah bersabda,

“Bacalah oleh kalian Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafa’at bagi yang membacanya.” (HR. Muslim)

Read the rest of this entry »

Kita Dan Al Qur’an

By admin On April 18th, 2009

Al-Qur’an Berbicara Tentang Al-Qur’an

1. Al-Qur’an Merupakan Ubat dan Rahmat
“Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian” (QS. 17:82)2. Al-Qur’an adalah Petunjuk dan Cahaya.
“Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhoan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus”. (QS. 5:16)3. Al-Qur’an Merupakan Kabar Gembira bagi Orang-Orang Beriman, bahwa Mereka Memperoleh Pahala yang Besar.
“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar”. (QS. 17:9)
Read the rest of this entry »

Penciptaan Alam

By admin On April 17th, 2009

KOSMOLOGI

Kosmologi (berasal daripada perkataan Cosmology) adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan alam semesta.  Umpamanya bagaimana alam semesta ini terbentuk, apa yang sedang berlaku ke atas alam dan apa yang akan berlaku ke atas alam ini. Mereka yang mengkaji alam semesta ini dinamakan sebagai ahli kosmologi atau kosmologis).
           Allah s.w.t. sentiasa menyuruh manusia memerhatikan alam semesta ini agar manusia akhirnya akan beriman kepadaNya dan segala sifat-sifat Nya.
Umpamanya dalam Surah  Al-Anbia 30

 

“Tidakkah orang-orang yang kafir melihat  bahawa langit dan bumi pada suatu masa yang lalu adalah suatu yang padu dan kemudian Kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan semua organisme hidup daripada air dan apakah mereka masih tidak beriman.”

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyatakan tentang orang-orang yang kafir yang mengetahui tentang permulaan kejadian alam. Kita mengetahui kini ramai di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelidikan tentang kosmologi kebanyakannya adalah mereka yang tidak beriman. Mereka bukan sahaja tidak beriman, bahkan menolak kewujudan Tuhan. Antara mereka ialah Professor Stephen Hawking. Preofessor Stephen Hawking yang merupakan seorang ahli kosmologi dianggap setara dengan kehebatan Albert Einstein. Stephen Hawking berhadapan dengan masalah penyakit saraf motor yang menyebabkan beliau tidak boleh melakukan tindak balas terhadap apa juga rangsangan luaran. Namun beliau dianugerahkan Allah dengan kebolehan yang besar untuk mengkaji alam ini. Beliau telah menulis sebuah buku berjudul A Short History of Time From The Big Bang To The Black Hole” 

Read the rest of this entry »

Hukum Solat Berjemaah:Lelaki

By admin On April 12th, 2009

 

 

 KEWAJIBAN MELAKSANAKAN SOLAT BERJAMAAH

Ramai orang yang meremehkan solat berjamaah. Yang dijadikan alasan mereka adalah sikap tak acuh sebagian ulama terhadap masalah ini. Setiap muslim tidak dibenarkan meremehkan masalah yang dianggap penting oleh Allah (dalam Kitab suciNya) dan RasulNya.Allah telah banyak menyebut kata “solat” dalam Al Qur’anul Karim. Ini menandakan begitu penting perkara ini. Allah telah memerintahkan kita untuk memelihara dan melaksanakan solat dengan berjamaah. Allah juga mengatakan bahwa meremehkan dan malas mengerjakan solat berjamaah termasuk sifat orang munafik.dalam salah satu firmanNya :

 Artinya : “ Peliharalah segala solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah(dalam solatmu) dengan khusyu’.” ( Al Baqarah : 238)

Bagaimana seorang muslim dapat dikatakan orang yang memelihara dan mengagungkan solat, bila ia tidak melakukan ( bahkan meremehkan)shalat berjamaah bersama rakan-rakannya. Allah berfirman: 

  

 Artinya : “ Dirikanlah solat, tunaikan zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku’( Al Baqarah : 43)

 

 
Ayat yang mulia ini merupakan nas tentang kewajiban solat berjamaah. Pada awal ayat tersebut Allah sudah memerintahkan kita untuk mendirikan solat, ini berarti kita diperintahkan Allah untuk memelihara shalat berjamaah, bukan sekedar mengerjakan saja. Dalam surat An Nisaa’, Allah berfirman yang artinya:
  h
 
 ”Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka( shahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri ( solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka ( yang solat besertamu ) sujud ( telah menyempurnakan serakaat ), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu ( untuk menghadapi musuh ) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat , lalu bersolatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata …” ( An Nisaa’ : 102)
 
 
   Read the rest of this entry »

Otak Hadapan Manusia

By admin On April 8th, 2009

Frontal lobe

Frontal lobe atau otak depan, mengapa saya betul2 menekankan bahagian otak ini? Malah saya menganggap ianya adalah “pemandu” kita ke syurga. Frontal lobe seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau lemah CEO bukankah keputusan dan tindakan2 yg diambil tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai frontal lobe yg kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.

Frontal lobe kurniaan Allah yg membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal.

Frontal lobe tempat untuk pemikiran yg kritikal dan juga mencipta idea2 baru, sama seperti tugas CEO syarikat, frontal lobe akan mengambil semua maklumat2 yg tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yg lain dan juga mengarahkan bahagian2 tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui “database” yg tersimpan dibahagian otak yg lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita2, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu. Frontal lobe akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan2 yg dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yg mendalam ini barulah frontal lobe akan mengarah bahagian otak yg lain menjalankan apa yg diingini.

Read the rest of this entry »

Susunan Surah Dalam Al-Qur’an

By admin On April 8th, 2009

Lihat Susunan Al-

Qur’an

 

 

jjhj

 

Al-Qur’an mengandungi 114 surah. Surah ini dibahagikan kepada surah-surah yang mempunyai bilangan ayat yang ganjil dan surah-surah yang mepunyai bilangan ayat yang genap. Jumlah  surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah 54 surah dan jumlah surah yang mempunyai bilangan ayat genap ialah 60 surah. Bagi surah yang bilangan ayatnya ganjil, terdapat 27 surah yang nombor surahnya nombor ganjil dan 27 surah yang nombor surahnya nombor genap. Bagi surah yang mempunyai bilangan ayatnya genap, terdapat 30 surah yang nombor surahnya nombor ganjil dan 30 surahnya nombor genap.

Read the rest of this entry »

Kebesaran & Kehebatan Al-Qur’an

By admin On April 8th, 2009

 

 LIHATLAH KEHEBATAN DAN

  KEBESARAN AL-QURAN

 A) Allah                                                             B) Muhammad                                                            

 

A) Kalimah Allah yang terbentuk dengan mencantumkan titik-titik taburan bilangan ayat lawan nombor surah.

B)Kalimah Muhammad yang terbentuk dengan mencantumkan titik-titik bilangan ayat lawan nombor surah

 PERINGATAN KEPADA PEMBACA: Apa yang dipamerkan ini hanyalah semata-mata bukti zahir kehebatan al-Quran. Ia tiada kena mengena dengan kepercayaan Tariqat dan sebagainya. Lihatlah sendiri kehebatan al-Quran ini. Ucapkanlah dan perbaharuilah ucapan Kalimah Syahadah anda.
Apakah Anda Masih Berminat Melihat Kebesaran dan kehebatan al-Quran?

Antara nama-nama surah al-Quran ialah surah al-Hadid(Besi). Surah al-Hadid merupakan surah yang ke 57.Perhatikan perkataan al-Hadid di bahagian atas surah ini. Al-Hadid adalah nama surah yang ke-57. Dengan menggunakan kaedah pengiraan mengikut anjad Arab berikut, kira jumlah campuran huruf-huruf alif, lam, ha, dal, ya dan dal. Berapakah jumlah campuran nilai abjad-abjad ini? Bukankan jumlahnya 57. Kemudian tinggalkan huruf alif dan lam. Kira hanya jumlah nilai Hadid sahaja. Berapakah jumlah nilai Hadid sahaja. Bukankah jawapannya ialah 26.

 Atom besi.. Berapakah nombor atom besi? Bukankah 26.. 

 Lihat Jadual Perkalaan di bawah. Jadual Perkalaan ialah satu jadual unsur-unsur yang wujud dalam alam ini.. Susunannya adalah berdasarkan kepada bilangan nombor atom. Nombor atom pula adalah berdasarkan bilangan proton dalam atom tersebut (ditandakan dengan P)

Cuba renungkan! Perkataan al-Hadid jumlah nilai abjad Arabnya ialah 57, dan kedudukan surah tersebut surah yang ke 57. Jumlah nilai abjad Arab bagi Hadid pula ialah 26 dan  nombor atom  bagi Ferum (besi) ialah 26. Apakah ini semua adalah satu kebetulan sahaja atau ia adalah ketetapan Allah.

Sumber : www.geocities.com/modal_insan/pasak.html