Kisah Membaca Al-Qur’an-English

By admin On March 30th, 2009

Recite Al-Qur’an With ‘Tadabbur’

 Have we ever thought why do we read the Quran, even if we can’t understand a single word of Arabic?     
Once upon a time an old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning the Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur’an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Qur’an just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Son, take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard enough Son,” and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.  Out of breath, he said, “ See Grandpa, it’s useless!” “ So you think it is useless?” The old man said, “Son, look at the basket.”

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

“Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah  in our lives.”

Kisah Paku Dinding

By admin On March 30th, 2009

 

PAKU DIDINDING HATIMU…

 

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

 

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.”Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

 

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

 

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya .Tetapi ingatlah,tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

 

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan mendorongmu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka maka jagalah sahabat handai atau sesiapa sahaja disekeliling anda kerana, ada 3 perkara dalam hidup ini yang tidak boleh dikembalikan :

1)    Kata-kata setelah ia diluahkan

2)    Perbuatan & Keterlanjuran

3)    Masa lalu

 

Maka dengan itu hati-hatilah dengan apa yang kita katakan, apa yang kita putuskan namun sayangilah,hargailah serta syukurilah apa yang kita ada sekarang..

 

Kisah Nabi Musa

By admin On March 30th, 2009

Erti Kasih Sayang Anak Kepada Ibu&Bapa..

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.
Allah menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

 

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama
kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Kisah Pengajaran Imam Ghazali

By admin On March 30th, 2009

Kisah Pengajaran Oleh Imam Ghazali   

Imam Ghazali =Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘

Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). 
  
 
Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’. 
  
 

Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘

Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’   
 
IMAM GHAZALI’= Apa yang paling berat didunia? ‘
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’
 

 

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’

Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘ 
 
Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘

10 Amalan Terbalik

By admin On March 29th, 2009

 “10 AMALAN YANG TERBALIK”

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah diimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ?

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

  

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)

 

Pentadbiran Pusaka

By admin On March 14th, 2009

...............................................................

Agama menuntut kita untuk mentadbirkan harta pusaka si mati dengan seberapa segera dan tidak elok untuk ditangguhkan. Sebaik jenazah selesai dikuburkan antara perkara yang perlu diurus dan diselesaikan oleh waris-waris adalah :

 

1) Hutang. Samada hutang kepada Allah seperti Haji, Zakat mahupun hutang sesama manusia perlu diselesaikan oleh waris sekiranya ada.

 

2) Harta Peninggalan. Harta peninggalan merupakan harta yang ditinggalkan oleh simati iaitu samada harta alih dan harta tidak alih. Contoh harta alih adalah seperti wang simpanan, kenderaan manakala harta tak alih iaitu tanah ataupun rumah. Harta peninggalan ini perlu ditadbirkan segera kerana ia merupakan harta pusaka milik waris-waris yang berhak setelah ditolak semua hutang-hutangnya.

 

3) Wasiat sekiranya ada. Sekiranya terdapat wasiat ia mestilah dilaksanakan samada kepada waris ataupun bukan waris.  Waris perlu mentadbirkan harta pusaka simati bersama wasiat. Ia dinamakan pentadbiran harta pusaka berwasiat.

Bagi mereka yang beragama islam pembahagian aset pusaka adalah berdasarkan hukum faraid ataupun muafakat antara semua waris. Manakala pembahagian pusaka yang bukan beragama islam adalah berdasarkan Akta Pembahagian 1958.

Di Malaysia pentadbiran pusaka boleh ditadbirkan ditempat-tempat berikut bagi mendapatkan surat kuasa/perintah/probet.

 

1) Mahkamah Tinggi

Selalunya melibatkan kes aset pusaka bernilai RM600 ribu ke atas/ pentadbiran pusaka berwasiat.

Anda memerlukan khidmat peguamcara atau pun boleh melalui Amanahraya.

 

2) Amanahraya   

Semua jenis pentadbiran pusaka boleh diuruskan oleh Amanahraya Bhd.

 

3) Pejabat Tanah/Pusaka Kecil

Sebarang aset yang melibatkan tanah dan rumah perlu melalui Pusaka Kecil. Selalunya melibatkan aset yang bernilai dibawah RM600 ribu.

Hanya menerusi surat kuasa/perintah/probet, harta simati boleh dicairkan atau dipindahmilik kepada waris-waris yang berhak. Dokumen-dokumen asas yang diperlukan untuk membuat pentadbiran pusaka biasanya adalah seperti :

Sijil Mati

Sijil Faraid – Dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah

Salinan IC semua waris

Salinan dokumen aset seperti bank, saham, dll

Dokumen-dokumen lain bergantung kepada kes pusaka.

 

Ada sesetengah aset yang boleh terus dicairkan tanpa menggunakan surat kuasa seperti ASB (pelaburan dibawah RM5000), KWSP (RM20 ribu pertama). Waris hanya perlu mentadbirkan harta pusaka yang memerlukan surat kuasa manakala aset yang boleh terus dicairkan adalah menjadi tanggungjawab atau amanah bagi pengeluar untuk membahagikannya mengikut faraid kepada santorini_crw_68751semua waris yang berhak. Ramai antara waris yang terlepas pandang perkara seperti ini yang mana hak waris lain tidak diberikan termasuklah hak anak-anak yatim.

Hukum pusaka telah disyariatkan dalam Islam dan telah disahkan oleh Al-Qur’an, Sunnah serta Ijmak Ulamak.Maka dengan itu adalah menjadi kewajipan untuk syariat itu dilaksanakan.

Golongan waris yang utama merupakan :

 

1)       Ibubapa simati

2)       Suami/Isteri

3)       Anak-Anak

 

Manakala waris waris yang lain terhijab dari mendapat hak pusaka sekiranya kesemua waris diatas terpakai ataupun masih hidup.

Berhenti Mengeluh..

By admin On March 13th, 2009

JANGAN BERKELUH KESAH..

Kita selalu Bertanya?…….dan Al-Quran sudah menjawabnya. ……….

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?  

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

denali_31QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

space9QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
- Surah Yusuf ayat 12

Penawar Hati

By admin On March 8th, 2009

PENAWAR HATI


Pernahkan anda merasakan keputus asaan dalam hidup? Kala menghadapi suatu masalah yang menurut diri kita tidak ada jalan keluarnya sehingga kematian dianggap sebagai penyelesaian terbaik? Pernahkah terdetik dalam hatimu ingin mengakhiri hidupmu dengan bunuh diri? Atau berdoa kepada Allah untuk meminta dipercepat kematian kita? ‘Audzubilahi mindzalik. Singkirkan fikiran itu!

Sebagai mukmin yang baik, janganlah berputus asa dengan masalah yang menimpa diri kita. Berusahalah, berdoalah, Allah pasti akan membantu kita untuk mendapatkan jalan keluarnya. Bacalah Al Qur’an, karena Al Qur’an adalah penawar bagi hati yang sedang resah.

Allah subhanahu wata’ala berfirman:Dan Kami turunkan dalam Al Qur’an ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman… (QS Al Isra’ (17) : 82)

 

JIka hati sedih dan gelisah, ubatnya ada dalam Al Qur’an. Jika ada penyakit dalam hati kita, ubatnya ada dalam Al Qur’an. Jika engkau sedang patah hati, ubatnya ada dalam Al Qur’an. Jika merasakan seakan-akan dunia ini menghimpit dirimu, maka bacalah Al Qur’an! Kerana Al Qur’an adalah penawar hati, pemberi ketenangan.

 

“Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur’an untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri” (Qs An Nahl (16): 89)

Bacalah Al Qur’an, karena Al Qur’an adalah ubat hati.

Biasakanlah membacanya setiap hari, merenungi maknanya, maka akan engkau peroleh ketenteraman dan kesejukan dalam hati yang tidak dapat ditulis dengan kata-kata.

Suatu saat fitnah akan merebak. Kemudian Ali bin Abi Thalib ra. pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, apa jalan keluarnya?” Beliau bersabda: “Kitabullah (Al Qur’an) yang didalamnya terdapat berita tentang orang-orang yang terdahulu dan yang datang kemudian.

space3Dia (Al Qur’an) adalah hukum (penentu) di antara kalian.
Dialah pembeda, bukan main-main.
Barangsiapa menjauhinya (Al Qur’an) karena kesombongan, Allah akan menghancurkannya.
Siapa yang mencari-cari petunjuk dari selainnya, Allah akan menyesatkannya.

Dia (Al Qur’an) merupakan tali Allah yang sangat kukuh, dia merupakan peringatan yang bijaksana dan dia adalah jalan yang lurus. Dialah yang menjadikan hawa nafsu terkendali. Lisan tidak akan pernah ragu dengannya. Para ulama tidak akan merasa puas dengannya.
Dia tidak akan pernah membosankan meskipun diulang-ulang. Keajaiban-keajaibannya tidak akan pernah habis.

 

 

Dialah yang membuatnya, para jin tidak kuat mendengarnya hingga mengatakan ‘… sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur’an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, lalu kami pun beriman kepadanya…’
Siapa yang berbicara dengannya, ia akan berkata jujur dan benar, siapa yang mengamalkannya akan diberi pahala, siapa yang berhukum dengannnya akan berlaku adil, dan siapa yang mengajak orang kepadanya maka akan ditunjuki kepada jalan yang lurus” (HR At Tirmidzi)

 

Jangan remehkan Al Qur’an, didalamnya akan engkau temukan sesuatu yang menakjubkan.

Penawar hati, petunjuk, rahmat, penjelas, dan kabar gembira bagi orang yang tengah dirundung kesedihan dan kegelisahan. Sikap optimis akan engkau temukan juga setelah engkau baca Al Qur’an.

 

Buktikanlah duhai sahabatku. ...............................................................
Mulai sekarang berusahalah mencintai Al Qur’an
dengan membacanya sedaya engkau lakukan.

Jangan jadikan Al Qur’an sekadar perhiasan
di meja belajar atau di rak-rak buku kita.

Dia mampu menyelamatkan hidupmu,
mengeluarkan dirimu dari semua masalah yang menghimpit hari-harimu.

 

Cubalah, mulai saat ini juga!

Kesedihan di raut wajahmu akan berubah dengan senyum kebahagiaan…
Insya Allah!

 

 

 

Source : http://teplok.net

Misteri Solat Subuh

By admin On March 8th, 2009

Sedarkah anda betapa pentingnya Solat Subuh berjemaah di dalam membina peribadi kehidupan masyarakat mukmin. Tonggak kekuatan ummah itu sendiri bermula dari Solat Subuh berjemaah. Sekiranya kita mengetahui betapa besarnya nilai solat ini kemudian kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat subuh berjemaah di masjid maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpa mereka.

Sabda Rasulullah SAW ” sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yana ada dalam solat subuh dan isyak maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” HR Ahmad dan An-Nasa’i

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Sesungguhnya ini adalah ujian yang sukar, namun bukan sesuatu yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini iaitu bagi seorang lelaki adalah solat subuh secara rutin berjemaah.

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : ” Kalau sekiranya manusia itu tahu apa yang tersembunyi dalam azan dan saf pertama dan mereka tidak mendapatnya kecuali di undi, nescaya mereka akan ikut serta dalam undian (orang ramai yang ingin mendapatkan saf pertama). Dan jika mereka mengetahui apa yang didapati dalam awal datang (solat jemaah), nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan jika mereka tahu apa yang tersimpan di dalam solat Subuh dan Isyak maka mereka akan mendatanginya walau dengan merangkak. HR Al-Bukhari”. Perhatikan lagi Hadith Rasulullah SAW bermaksud : “ Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam, ketika sepertiga malam yang terakhir. Dia berkata ’ mana hambaku yang berdoa untuk Aku kabulkan do’anya? Mana hambaKu yang meminta kepadaKu untuk Aku penuhi (permintaannya)? Mana hambaKu yang beristighfar untuk Aku ampuni (dosanya)?”

Renungkanlah apa lagi yang lebih kita inginkan dari semua itu?.. Jadi apa yang menghalang kita dari menunaikan solat subuh?..Bukankah ia adalah suatu bahagian yang begitu besar berbanding dunia dan seisinya…Janganlah kita tertipu oleh dunia..

falls-illumination-niagara_36391Solat subuh merupakan lambang disiplin diri dan kekuatan ummah. Itulah kayu pengukur nilai sesuatu umat. Umat yang lalai dari Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan akan tetapi berhak untuk diganti dengan yang lain. Sehinggakan pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan mereka tidak gentar dengan orang Islam kecuali apabila jumlah jemaah solat subuh seramai jumlah jemaah solat Jumaat.

Tanpa solat subuh umat Islam tiada lagi berwibawa. Tidak selayaknya umat ini mengharapkan kemuliaan, kehormatan dan kejayaan jika mereka tidak memperhatikan solat ini.

Lihatlah Firman Allah dari ayat 78 Surah Al-Israa’ yang bermaksud : ” Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan dirikanlah sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaanya)”.

Antara kita ramai yang menyedari hakikat begitu ramai jemaah yang memenuhi saf di bulan Ramadhan. Di malam-malam itulah mereka berlumba-lumba memenuhi saf bagi menunaikan solat sunat Terawih. Mengapa tidak pula mereka berlumba-lumba menunaikan solat wajib berjemaah?..Bukankah Islam itu adalah agama yang disusun rapi dan jelas. Pun begitu, kemana menghilangnya mereka setelah Ramadhan berlalu pergi?..Mengapa dengan tiba-tiba mereka meninggalkan solat berjemaah dimasjid termasuk solat subuh berjemaah. Bukankah ini merupakan isyarat hilangnya pemahaman agama dalam diri mereka atau keterbiasaan menjadikan mereka sukar untuk melaksanakan amalan yang tinggi nilainya..

 

Mengenal Rasulullah S.A.W.

By admin On March 8th, 2009

BIODATA RASULULLAH S.A.W Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘St. Valentino’ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. 

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

 Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. 

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun) Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN  Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. 

USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. 

USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

 USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid

§ Saudah Binti Zam’ah

§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

§ Zainab Binti Jahsy

§ Maimunah Binti Harith

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

 ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra’

 ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN                                                          SAUDARA SUSUAN

1.  Thuwaibah                                                       1.  Hamzah

2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1.  Halimah Al-Saidiyyah                                      1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2.  Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza

3.  Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza

4.  ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

  BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-‘Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)

8. Abdul Ka’bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. ‘Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-‘Awwam) ***

 *** Sempat masuk Islam.

* Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

 Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)