Harta Dunia

By admin On May 15th, 2010
  • Segelintir daripada kita merasakan akan kepayahan dalam melaksanakan tuntutan dan kewajipan agama dan terfikir masih tidak juga hidup kaya dan mewah sedangkan orang kafir itu dengan mudah mengecapi  kejayaan dan kekayaan. Jangan lah mudah melatah dan berputus asa kerna telah tetap ketentuan Allah dunia adalah syurga buat mereka. Sesiapa yang inginkan dunia dia akan dapat dan itulah yang Allah akan beri. 

Pesanan Rasulullah SAW :

iluvislam28Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda : “Dunia penjara orang mukmin dan syurga orang kafir”. Riwayat Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda : “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Ka’ab bin Iyadh r.a, Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat ‘fitnah’ (kesesatan dan maksiat). Dan fitnah terhadap umatku ialah pada harta” Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad.

Daripada Anas r.a Nabi SAW bersabda : “Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada Abdullah bin al-Syikhir r.a, Nabi  SAW bersabda : “Wahai anak Adam! Adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang engkau makan lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya (pada hari pembalasan).” Riwayat Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda : “Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu: ianya lebih wajar; agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah.” Riwayat Muslim.

Sesungguhnya berwaspadalah daripada terleka dengan sesuatu yang tidak kekal dan hargailah segala nikmat Allah..

Sumber : 300 Hadis Bimbingan Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

10 Sahabat Nabi Dijanjikan Syurga- Part I

By admin On May 14th, 2010
  • Sa’id bin Zaid (antara golongan 10) yang berkata, bahawa Rasulullah bersabda “10 orang di syurga iaitu 1-Abu Bakar di syurga, 2-Umar di syurga 3-Uthman di syurga, 4-Ali 5-azZubair di syurga 6-Talhah di syurga 7-Abdurrahman bin Auf di syurga 8-Abu Ubaidah di syurga 9-Saad bin Abi Waqas di syurga”, kemudian beliau (Said bin Zaid) diam dari menyebut yang kesepuluh, dan apabila ditanya dia memberitahu bahawa dia (Said bin Zaid termasuk didalam 10)- Riwayat atTirmizi.

nabawiAmbillah pengajaran dari akhlak sahabat-sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga :
1. Abu Bakar Ash-Shiddiq
Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu’anhu (RA) adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Ia sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, kemanapun Nabi pergi, ia selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko.
Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Ia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran islam, karena ia tahu betul keagungan ahklak Rasulullah.  Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi’raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, ia diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ).  Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Ia dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.

2. ‘Umar bin Khattab
‘Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Ia termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, ia dikenal sebagai sosok yang jago gulat dan gemar mabuk-mabukan. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.
‘Umar memeluk islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Ia sangat keras dalam membela agama Allah. Ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.  Saat ‘Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukan dalam kurun waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.
3. ‘Ustman bin Affan
‘Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepemimpinannya, ia berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur’an.
‘Ustman bin Affan masuk islam lewat ajakan Abu Bakar. Ia mendapat gelar Dzun Nur ‘Ain ( pemilik dua cahaya ), karena menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum. ‘Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Ia selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Saat berkecamuk perang Tabuk, ‘Ustman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. ‘Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.
4. ‘Ali bin Abi Thalib
‘Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak.
Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, ‘Ali tidur diatas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah.
‘Ali wafat pada tahun 40 Hijriyah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah shalat shubuh. Ia meninggal dalam usia 63 tahun dan menjabat selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.
5. Thalhah bin Abdullah
Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Ia berasal dari suku Quraisy.
Saat berkecamuk perang Uhud, Thalhah ikut serta. Di arena tersebut ia menderita luka parah. Dia menjadikan dirinya sebuah perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan menancapkan diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus.  Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M. Ia syahid saat mengikuti perang Jamal.

10 Sahabat Nabi Dijanjikan Syurga – Part II

By admin On May 14th, 2010

nabawi26. Zubeir bin Awwam
Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun al-awwalun). Usianya saat itu baru berumur 15 tahun.
Pembelaannya terhadap islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah absen dalam berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Ia selalu berada di garda depan saat jihad di kumandangkan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari hasil peperangan.
Ia sangat dicintai Rasulullah. Saat terjadi perseteruan di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun memihak yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya.
Zubeir ditikam ketika sedang menghadap Allah, ia wafat pada tahun 36H atau 656M.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Sa’ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir menunggang kuda dan memanah. Jika ia memanah musuh dalam sebuah peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan ia ikuti.
Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum. Dengan harapan, Sa’ad kembali ke ajaran nenek moyang. Namun, hampir sang ibu menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Sa’ad. Ia tidak menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa ibunya.
Saat periode khalifah Umar bin Khatab, Sa’ad diangkat sebagai gubernur mileter di Iraq yang bertugas mengatur pemerintahan dan sebagai panglima tentara.
Sa’ad wafat pada usia 70 tahun (55H atau 676M). Ia di makamkan di tanah Baqi’
8. Sa’id bin Zaid
Sa’id adalah di antara sahabat yang beruntung. Dia masuk islam bersama-sama istrinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan ‘Umar bin Khattab. Sa’id membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmak kepada islam. Ketika memeluk islam usianya belum genap 20 tahun.
Sa’id turun berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Ia juga turut bersama kaum muslimin mencabut singasana Kisra Persia. Sa’id pernah diperintahkan Rasulullah memata-matai aktivitas musuh.
Ia wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi’ Madinah.
9. ‘Abdurrahman bin ‘Auf
‘Abdurrahman bin ‘Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam. Ia termasuk diantara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah yang didapatkan dengan perniagaan.
Kesuksesannya tidak membuat ia lupa diri, ia selalu menafkahkan hartanya dijalan Allah. Bahkan saat ia diberitakan Rasulullah bahwa dirinya dijamin masuk surga, semangat sedekahnya makin membara. Tak kurang dari 40.000 dirham perak, 40.000 dirham emas, 500 kuda perang, dan 1.500 ekor unta ia sumbangkan untuk perjuangan Islam.Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Ia wafat pada umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi’
10. Abu ‘Ubaidah bin Jarrah
Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu ‘Ubaidah. “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini adalah Abu ‘Ubaidah,” begitu kata Rasulullah. Abu ‘Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.
Abu Ubaidah masuk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada awal kerasulan nabi Muhammad SAW. Ia beberapa kali dipercaya Rasul memimpin peperangan. Ia wafat pada tahun 18H atau 639M.

my.opera.com

Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

By admin On March 18th, 2010

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda ; Tujuh Golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :

doa1[1] Imam yang adil

[2] Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah

[3] Insan yang hatinya terpaut dengan masjid

[4] Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah

[5] Insan yang diajak (digoda) oleh wanita berpangkat dan cantik lalu ia berkata “Sesungguhnya aku takutkan Allah”

[6] Insan yang bersedekah dengan cara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.

[7] Insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

BERWUDHU’

By admin On March 18th, 2010

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi S.A.W bersabda : “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwudu’ dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa : “ Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki. (Riwayat Muslim).wudhu31

Daripada Abu Hurairah R.A Nabi S.A.W. bersabda : “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku aku akan perintahkan umatku berwudu’ pada setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wudu’

(Riwayat Ahmad)

Pesanan Rasulullah S.A.W.

By admin On March 17th, 2010

U TURNDaripada Muaz bin Jabal R.A. beliau berkata : Rasulullah mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata : “Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau. “Muaz berkata “Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah; dan demi Allah aku juga mengasihi engkau.” Maka Rasulullah berkata: “Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan: ”Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu.”  

 (Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i).

Cahaya Wajah

By admin On March 17th, 2010

CAHAYA MUKA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
“Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur
(sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku,
tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum
 itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,
” Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! MOON

Seterusnya aku bertanya: ” Siapakah yang tidak akan
melihatmu pada hari kiamat?”

Jawab Rasulullah : “Orang yang bakhil.”

Aku bertanya lagi : “Siapakah orang yang bakhil itu?”

Jawab baginda : “Orang yang ketika disebut namaku
di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.”

 

BERDOA

Berkata Al-Barra’ r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan)
 daripada langit sehingga orang yang berdoa itu
mengucapkan  selawat untuk Muhammad dan keluarga
 Muhammad.”

Selawat & Ucapan Salam

By admin On March 4th, 2010

Selawat_MunjiyahDaripada Abdullah bin Mas’ud al-ansori r.a. Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar di muka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku.” Riwayat al-Nasa’i dan IbnHibban                 Sumber : 300 Hadis Bimbingan

 Lantas marilah kita berselawat sepenuh hati  ke atas Junjungan Nabi  kita Muhammad S.A.W.. Sabda Nabi S.A.W

 “Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluhkali”                                                                Riwayat Muslim

Hadis Bimbingan Rasulullah S.A.W.

By admin On March 4th, 2010

menangisDaripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis”

Riwayat al-Bukhari                   Sumber: 300 Hadis Bimbingan

Apabila anda banyak ketawa ianya mematikan hati, lantas kurang-kurangkanlah ketawa kerana kita tidak tahu nasib, takdir dan ketentuan serta kesudahan kita. Maka sematkanlah dalam ingatan kita hadith di atas semoga kita sentiasa dapat bermuhasabah diri..InsyaAllah.

Rasulullah S.A.W-World’s Most Influential Person

By admin On January 10th, 2010

100According to Michael H.Hart ;  ”My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential person may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world’s great religions and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive”.101

 

 # Then why some of muslims are still reluctant to recognise Rasulullah’s way of life when western people had recognised him as supremely successful. Let us try our level best to be a good practising muslim &  Sunnah Rasulullah S.A.W..i love the sunnah