ANDA PERLU BERSEDIA

By admin On July 17th, 2010

selfconfidenceMulai Pagi Anda Dengan KeyakinaN.

Anda seringkali hilang punca & keyakinan diri?..Tidak terlihat potensi diri?…

Orang bijak pandai ada mengatakan : “One Important key to success is self-confidence. An important key to self-confidence is preparation”. Lalu buatlah PERSEDIAAN!

Anda merasa lelah mengharungi kehidupan?…juga, buatlah PERSEDIAAN.. Jadilah mukmin yang lebih kuat jiwanya.. Orang bijak pandai ada mengatakan “Dont ask for an easier life, ask to be a stronger person”..

“Yang bulat tidak datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang”… Allah S.W.T berfirman 13:11 yang bermaksud : “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada mereka”..

Dalam diri anda itu ada potensi, sungguh istimewa anda itu sebenarnya diciptakan.. Nah sekarang yakinlah dan tekadlah untuk berubah menjadi seorang mukmin yang lebih berjiwa kuat…

Lalu buatlah PERSEDIAAN!.….Bangkitlah di sepertiga malam…solatlah subuh diawal waktu atau berjemaah dan mantapkan lagi dengan solat dhuha..Kerana itulah diantara sumber kekuatan iman dan jiwa. Itulah jua PERSEDIAAN anda memulai hari….

Jom… kita buat PERSEDIAAN!

KUASA MINDA

By admin On April 17th, 2010

neural network

SUB CONCIOUS MIND

Aktiviti manusia dibentuk oleh minda kita. Jika minda kita lemah badanpun akan menjadi lemah dan jika minda kita positif dan dinamik maka diri kita yang zahir inipun akan menjadi positif dan dinamik juga. Oleh sebab itu hendaklah serapkan minda kita dengan idea-idea kejayaan dan kemenangan sehingga kejayaan dan kemenangan itu hadir kepada kita InsyaAllah.

Tahukah anda otak manusia mengandungi 12,000 sehingga 15,000 milion sel-sel. Satu sel otak manusia bersamaan kuasanya dengan sebiji komputer. Lalu cuba bayangkan berapa banyak perkara boleh kita programkan di dalamnya. Percakapan dan pemikiran seeloknya hendaklah dikawal. Sentiasa katakan boleh dan tidak sebaliknya iaitu tidak boleh. Katakan kepada minda saya boleh dan saya sanggup disamping letakkan matlamat dan tujuan usaha kita itu. Perkara negatif seperti “aku susah bangun pagi, sering lemah-lemah, ramai orang tak sukakan aku, susah dapat duit, susah dapat pekerjaan dan 1001 macam perkara usahlah diungkapkan.

Jika anda bercakap sekali, ianya akan mengeluarkan gelombang di alam ini sebanyak 5000 kali. Jika anda bercakap 20 kali maka menjadi 100 ribu kali. Ini bererti perkataan negatif yang anda ungkapkan itu akan bergerak di alam ini sehingga perkataan negatif itu akan terjadi dalam hidup anda. Disebabkan itu katakanlah perkataan-perkataan positif seperti “saya cantik, saya sentiasa tenang, saya akan senang, saya disukai ramai dan sebagainya. Bukankah kata-kata itu merupakan satu doa maka katakanlah perkara-perkara yang baik sahaja.

h2o_world_in_the_hand_260Lalu belajarlah mengawal sikap mental kita, dimana salahnya dan bagaimana untuk mengubahnya. Manusia perlukan 21 hari tempoh berpantang terhadap segala jenis tabiat buruk untuk dirubah, setelah itu kebiasaan tabiat buruk tersebut InsyaAllah dapat dibuang..Gambarkan di dalam minda matlamat perubahan kita contohnya untuk mencari redha Ilahi atau untuk membuktikan rasa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W.

Sebahagian dipetik dari buku RAHSIA KEJAYAAN Oleh Ustaz Mohd Arief

UJIAN KE ATAS MEREKA YANG IKHLAS

By admin On April 15th, 2010

Adakah anda seringkali merasakan diri tidak pernah dihargai oleh orang lain ataupun majikan anda? Kisah yang diambil dari lanjutan email ini agak panjang namun dapat merungkai sedikit permasalahan anda itu InsyaAllah…

KATA KATAJika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Read the rest of this entry »

Tahajjud Cinta

By admin On April 11th, 2010
madinah2
 
Buatlah air yang manis dari air limau nipis yang masam….
Tahajjud Cinta – “Disebalik & Disitulah”
 
Disebalik kelemahan disitulah kekuatan…
Disebalik kepayahan, disitulah kemudahan
Disebalik kesukaran disitu ada jalan…
Disebalik kekecewaan, disitulah harapan
Disebalik kesedihan disitulah ketenangan…
Disebalik kepahitan disitulah kemanisan..
Disebalik kekesalan, disitulah keinsafan
Disebalik kekhilafan disitulah pengajaran
Disebalik kebencian disitulah kasih sayang
Disebalik kepalsuan disitulah kebenaran & keikhlasan
Disebalik kepedihan disitulah penawar hati rawan
Disebalik ketidaksempurnaan disitulah permulaan
Disebalik kegundahan..disitulah kesyukuran…
 
 Disebalik” itulah segala bentuk ujian kesabaran..
dan “Disitulah” terbitnya jalan – Tahajjud penawar hati & jiwa …
Dalam Tahajjud ada penawar rindu, duka dan cinta hakiki…
 
tahajjudJika anda rasa disakiti, janganlah anda menyakiti
Kelak anda kesali…
Jika anda dibenci, janganlah anda membenci
Kelak kebencian itu memakan diri…
iika anda mengasihi, jangan harap kasih itu kembali Kelak anda tangisi…
Jika anda merasa putus asa, jangan mudah menyerah diri
kelak kegagalan menimpa diri…
 
Jika anda merasa dunia membuatkan anda sukar bernafas
Bertahajjudlah…InsyaAllah disitulah permulaannya..
Usah merasa ragu kerna itu anugerah yang istimewa..
Tak ternilai seisi dunia…
Hanya untuk umat Muhammad Rasulullah S.A.W.
Selamat Bertahajjud…

RAHSIA KEKUATAN MINDA

By admin On March 27th, 2010

Minda Sedar & Minda Bawah Sedar

sfo-brain-scan-final-2Anda memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar.

Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.

Dalam masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjdai perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah.

subconscious2Tetapi bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama. Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam dan mantap.

Sepertimana bongkah ais yang kelihatan timbul gagah dipermukaan laut namun sedarkah anda dibawahnya  adalah lebih hebat dan besar lagi sehingga dapat menenggelamkan sebuah kapal persiaran terbesar yang dikatakan tercipta untuk tidak akan karam (unsinkable).  Begitulah diumpamakan minda bawah sedar anda, malah ciptaan Allah S.W.T ini lebih hebat lagi..Subhanallah.

Petikan Oleh Ustaz Mohd Arief – Rahsia Kejayaan

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH

By admin On February 20th, 2010

TIADA ISTILAH TERLAMBAT UNTUK BERUBAH

Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.

“Encik….anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius.” Ujar guru disiplin dii dalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan. Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.

Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang. Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Qur’an jauh di luar Bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!

hatiPada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.

Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.

Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.

”Encik…silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya…”Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.

”Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya” Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara ..

”Tapi …tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang al-hafiz?..bisik ustaz ke telinganya…

alqur'an”Hari ini anak encik  telah hafaz seluruh Al-Qur’an.  Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!” Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.

“Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?” Tanya ustaz mengakhir bicara.

Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini.

Saat itu anaknya melangkah masuk berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak. Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang al-hafiz dengan cahaya Al-Qur’an melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.

Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-qur’an, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.

Kisah benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali. Ingat dan sentiasa ingat, alasan untuk jadi baik sentiasa ada dalam bisikan hati sendiri.

Apa yang perlu adalah berani memulakan langkah pertama. Nanti pada langkah kedua pasti dibantu oleh Allah untuk melanjutkan perjalanan seribu batu. Kesukaran paling besar hanya ketika memulakannya.

Melakukan kebaikan sama seperti mengusahakan percikan api bagi membuat unggun. Percikan api kesedaran itu nanti akan terus memakan kayu kering dan kemudian marak dengan sendiri, mungkin akan jadi sebesar gunung. Kerja kita hanya bermula dengan membuat percikan api kemudian semuanya berjalan dengan sendiri.

Apa yang penting adalah titik permulaan. Kuasai titik itu bererti kecemerlangan berada di dalam genggaman. Sekiranya terlepas satu titik, segera temui titik lain dan jangan bertangguh.

Dalam keghairahan dan istiqamah melakukan kebaikan sekiranya tersasar dan terlencong, segera cari jalan kembali ke jalan lurus dan jangan bertangguh. Sedikit tersasar bererti kita telah terkeluar dari laluan. Andai terus dibiarkan, kita tidak akan menjumpai destinasi, iaitu keredhaan Allah.

Justeru itu pengajaran dan peringatanlah yang membuat kan kita mencari U-Turn untuk kembali ke jalan lurus, hidayah taufik yang paling mahal dari Allah. 

Oleh : Ustaz Zul Ramli M Razali U Turn Ke Jalan Lurus

TULISKAN PERANCANGAN & MATLAMAT ANDA

By admin On February 20th, 2010

PERANCANGAN BIJAK ADALAH DENGAN MENULISNYA

klcc_twin_towersHari ini kita bangga melihat menara berkembar KLCC di celah-celah kepesatan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan yang berjaya menduduki tempat pertama sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia ini berdiri tegak di bawah terik matahari penuh megah.

Mari kita cuba bayangkan bagaimana agaknya idea membina bangunan ini mula tercetus. Tentu sekali ia bermula hanya di dalam minda seseorang. Bol ehkah kita bayangkan semua peringkat perpindahan itu berlaku tanpa sebarang kertas? Tidak ada dokumen, tidak ada data dan tidak ada apa-apa. Jawabnya tiadalah KLCC.

Mungkin binaan yang sebesar itu hanya ada dalam secebis kertas sahaja awalnya. Tetapi daripadanya terangsang sesuatu sehingga terbina sebuah binaan yang dikagumi dunia. Sekiranya idea awal yang tercetus itu tidak didokumenkan dalam bentuk catatan, semua perkara kemudiannya tidak wujud. Bagitulah berkuasanya catatan, nilainya lebih hebat daripada bangunan itu sendiri. Bangunan berjuta tan itu bergantung kepada secarik kertas seberat 0.01 gram!

Perancangan yang tidak dicatat samalah seperti potensi biji benih tetapi tidak diletakkan ke atas tanah. Jangan mengimpikan apa-apa pokok, apa-apa hasil. Lihatlah di sekeliling bangunan yang ada, semuanya perlu kepada catatan dan kertas kerja. Tanpa catatan tidak ada apa-apa akan terbangun. Perkara yang sama diperlukan sekiranya kita ingin membina diri. Tanpa catatan tidak ada apa-apa perubahan akan dapat dilakukan dalam hidup ini. Itu hakikatnya.

Justeru itu, seperti juga pelan bangunan, catatlah pelan perubahan diri. Segala  keperluan catatkan, lihat perkembangan serta senarai semak yang sentiasa dituliskan. Ini menjadikan apa yang diingini dalam minda akhirnya akan terserlah dalam realiti.

Oleh : Ustaz Zul Ramli M Razali U Turn Ke Jalan Lurus

NILAI SETIA

By admin On February 20th, 2010

KESETIAAN

Disebuah pekan kecil di Switzerland, terdapat sebuah tugu seekor anjing disebuah stesen keretapi. Ada cerita menarik disebaliknya.

Pada suatu hari tuan anjing bersama anjingnya keluar dari rumah dan dalam kedinginan mereka menuju ke stesen keretapi tersebut. Hari itu tuannya terpaksa meninggalkan anjingnya sedang dia terpaksa keluar ke pekan lain atas satu urusan.

sahabat setiaSebaik sahaja keretapi sampai, tuan nya mengusap-usap anjingnya dan dengan penuh manja seperti biasa anjing menjilat-jilat tuannya. Tuannya berangkat dan berlalu pergi bersama keretapi yang menjalar di atas landasan pejal, meninggalkan anjingnya dibelakang.

Apabila sampai dipekan yang dituju, tuannya diserang sakit mengejut. Penyakit itu membawa kepada kematian lalu jenazahnya disemadikan disana.

Keesokannya seperti semalam, anjing ini keluar dalam kedinginan menunggu dengan penuh setia tuannya di stesen. Apabila keretapi sampai, ia menyalak-nyalak dan melompat kegembiraan. Ia duduk bertentangan dengan pintu gerabak, dan apabila pintu terbuka semua penumpang melangkah keluar namun ia tidak menjumpai wajah tuannya. Kereta api kemudiannya berlalu pergi membelah hari dan dengan sugul ia mengatur langkah pulang.

Keesokannya ia datang lagi untuk menunggu tuannya dengan penuh setia. Begitulah hari-hari ia ke stesen tersebut. Ia datang dengan melompat-lompat riang sambil menyalak-nyalak di sekeliling stesen kegembiraan. Apabila keretapi sampai, sambil menahan nafas bagi meledakkan rasa menerkam dan menjilat manja, tuannya pula akan mengusap kepalanya. Penumpang seperti biasa melangkah seorang demi seorang namun tidak ada wajah tuannya. Keretapi kemudiannya berlalu pergi. Dengan wajah sugul dan tertunduk pilu ia melangkah longlai berlalu pulang meninggalkan stesen.

Ia tekun mengulang perkara yang sama setiap hari selama bertahun-tahun, musim terus silih berganti ia tetap menyalak riang sebelum keretapi datang dan kemudian pulang dengan sugul, namun dimanakah tuannya?

Sehinggalah anjing itu tua, ia hanya duduk dan mundar mandir disekitar stesen namun masih tetap setia menunggu tuannya pulang. Dia kemudiannya tidak kemana-mana hanya mampu berbaring lemah dengan wajah penuh sayu, menanti dan terus menanti. Panjang episod dukanya. Dalam nafas-nafas terakhir ia masih setia menunggu di tempat yang sama tuannya membelai buat kali terakhir, suatu masa lampau. Di stesen itu akhirnya ia menemui ajal pada sebuah penantian yang tiada noktah.

Begitulah setianya seekor anjing. Pihak stesen yang merakam kisah ini kemudiannya membina sebuah tugu sebagai lambang sebuah kesetiaan 

Apabila kita melihat kepada kisah panjang ini benarlah kata-kata Sayidina Ali :

”Aku belajar tentang takwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya”

Alangkah malu sekiranya ingin diandingkan antar kita sebagai manusia dengan Allah dan seekor anjing dengan tuannya. Lihatlah kepada anjing bagaimana ia dilayan. Tuan anjing hanya memberinya makan di bawah meja, tidur pula di ruang asing di luar rumah. Ketika hujan turun tempiasnya membasahi anjiing lalu menggigil kesejukan. Satu-satu kelebihannya ialah dia sedar bahawa dia bukan terbiar sepertit anjing jalanan yang tidak bertuan. Itu sahaja! Namun anjing tetap setia dan bersyukur.

Sedangkan kita sebagai manusia bukan menerima makan lebih di dunia ini, bukan menumpang di rumah asing, sebaliknya kita menguasai dunia ini. Begitu banyak kurniaan daripada Allah sehingga kita diberikan tunduk hormat oleh para malaikat pada hari pertama kejadian kita.

Begitu besar apa yang kita terima daripada Allah tetapai malangnya masih belum mampu untuk setia kepada Nya. Apakah sebenarnya yang ada pada seekor anjing sehingga mempunyai nilai kesetiaan yang tidak terkalahkan ini.

Dalam jalinan perhubungan kehidupan seharian, nilai tertinggi ialah kesetiaan. Lihatlah kepada pasangan suami isteri, apakah ikatan teras mereka kalau bukan kesetiaan?

Apakah akan jadi apabila kesetiaan tiada? Masih adakah hubungan?

Kekayaan dan kesenangan mungkin tiada, termasuklah luput kegembiraan atau apa sahaja termasuk yang paling didambakan iaitu kasih sayang, mereka masih tetap bersama sekiranya masih ada kesetiaan!

Begitulah tingginya nilai kesetiaan. Dan kesetiaan yang paling asa adalah kepada Allah, Tuhan yang memelihara segala kebajikan hidup kita.

Oleh : Ustaz Zul Ramli M Razali U Turn Ke Jalan Lurus

MANUSIA PUNYAI TALI GHAIB

By admin On February 20th, 2010

MANUSIA DENGAN TALI GHAIB.

Seekor ibu penyu merangkak menghela bersamanya cengkerang berat yang sudah diliputi teritip daripada pelayaran jauh di dasar lautan. Dengan segala kesusahan dia menaiki pantai memilih ruang paling selamat, mula mengorek lubang, air mata mengalir, telur dilabuhkan sebutir demi sebutir. Selepas semua telur selesai dikambus si ibu berpatah balik turun mencecah gigi pantai dalam gelap malam. Telurnya ditinggalkan terdedah kepada simpati alam.

Sesekali tertanya-tanya ibu jenis apakah ini? Tergamak ia membiarkan telur bakal menetas di mana anak menjengah dunia memulakan hidup tanpa perhatian. Lebih sukar lagi apabila ia ditetaskan di daratan sedangkan habitat mereka di lautan. Sekali lagi kita bertanya ibu jenis apakah ini?PENYUApakah yang tersembunyi di sebalik semua ini?…Namun keajaiban alam tersaksi apabila sampai waktu menetas, setiap anak penyu mengoyakkan kulit nipis telur,  menguak timbunan pasir dan dengan tertib mengatur langkah ke dunia baru mencari gigi pantai. Kemudian seekor demi seekor berenang memulakan kayuhan ke arena sebenar seluas samudera. Ditengah lautan itu apabila sampai waktu menetas si ibu rupa-rupanya terapung dengan kakinya seperti pergerakan melambai-lambai mengirim gelombang ke arah darat, ke arah pasir ke arah dimana anak-anaknya sedang bertungkus lumus memulakan langkah hidup. Gelombang kasih ini menjadi tali temali menarik semua anak ke arahnya walau berada dalam jarak yang jauh dan di alam berbeza. Mereka kemudian berenang ke dunia kelam dalam liuk lentuk lanskap dasar laut yang indah.

Kita berfikir tentu disebalik dunia fizikal ini ada juga tali ghaib. Ia menggerakkan manusia di sebalik seluruh kelakuan fizikal mereka. Di sanalah terdapatnya ruang doa, daerah aura, sentuhan lembut kasih. Semua ini contoh tali temali yang menggerakkan manusia tanpa mereka sedari.

Seorang anak yang lama menyepi diri tiba-tiba terpanggil pulang ke ribaan ibunya membawa sekeping hati mengemis kemaafan. Sebenarnya sebelum hari itu, hati ibunya terkocak dan lautan rasa keibuannya membuak. Rasa ibunya itulah tali yang menariknya pulang!

 Seorang hamba Allah yang lalai dengan dosa, tiba-tiba pulang mengetuk pintu Tuhan. Kembali dengan sejuta keinsafan. Apa yang menggerakkan hidayah Tuhan ini?

 Langkah ini adalah daripada doa orang tua masa lampau yang berdoa untuk kebaikan zuriatnya. Doa mereka menjadi tali yang menarik hamba ini kepada Tuhan.

 Justeru dalam hidup ini disamping segala usaha dan ikhtiar, gunakanlah tali temali ini. Marilah mengikhlaskan niat, sentiasa menadahkan tangan memanjatkan doa buat anak, pasangan, saudara serta seluruh dunia agar tali halus ini sentiasa menarik mereka agar jangan tersasar dari laluan hidup sebenar. Biarlah ia menjadi penggerak hidup dengan irama kebaikan berpanjangan merentasi zaman.

 Berikanlah sentuhan lembut, limpahan kasih dan kita tentunya bukan lebih terkebawah berbanding ibu penyu dengan aura ajaibnya!

Oleh Ustaz Zul Ramli M Razali-U Turn Ke Jalan Lurus

Anda Rasa Anda Sentiasa Betul…

By admin On February 19th, 2010

 Adakah anda berasa tiada hati dan perasaan untuk ke tempat kerja? Mari kita dengar apa kata Datuk Dr. Fadilah Kamsah :

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang workdengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan
mendapat keberkatan… ”  Jadi renungi lah :-
    
    1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.    
    2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.    
    3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.    
    4 Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.     
    5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.     
    6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA     
    7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

 Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik…adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

    ”mengkritik tidak bererti menentang,
    menyetujui tidak semestinya menyokong,
    menegur tidak bermakna membenci,
    dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik”