Belajar Dari Alam Semesta

By admin On June 21st, 2010

Matahari  & Bintang-Bintang Serta Planet-Planet Pantas Bergerak! Anda?

hs-2006-39-a-web

Penguasaan ilmu-ilmu mengenai alam dan kosmos menyedarkan kita mengenai keagungan Allah. Bayangkan satu kosmos yang mempunyai 70 Sextilion (iaitu 7 diikuti oleh 22 sifar) bintang-bintang. 70 sextillion menyamai 10 kali ganda jumlah pasir yang terrdapat di semua pantai dan gurun didunia ini! Sebahagian daripada bintang-bintang adalah lebih besar daripada matahari. Malah bintang-bintang adalah lebih besar daripada matahari. Malah bintang-bintang yang bernama KW Sagitarii, V354 Cephei dan KY Cygni adalah 1500 kali lebih besar daripada matahari yang sedia diketahui berganda-ganda lebih besar daripada bumi.

Cuba bayangkan keadaan pada hari ini bintang yang terdekat dengan matahari iaitu Proxima Centauri, berada 25 Trillion batu (40 trillion kilometer) daripada matahari. Cahaya yang datang daripada bintang ini mengambil masa 4.2 tahun cahaya (light years) untuk sampai ke matahari dan satu tahun cahaya menyamai 5.88 trillion batu atau 9.46 trillion kilometer.

Alangkah luasnya kosmos ini yang tidak mampu dijangkau oleh manusia. Ia menginsafkan kita mengenai kekerdilan diri kita sebagai insan. Agaknya dalam peta kosmos ini secara relatifnya besar manakah kita ini sebagai seorang insan? Sebesar satu titik pena, sebesar debu ataupun hanya sebesar zarah atom? Alangkah kerdilnya insan. Benarlah Allah menjelaskan dalam Surah al-Mukmin ayat 57 yang bermaksud, ”Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada penciptaan manusia tetapi kebanyakan Manusia tidak mengetahui.

Bintang-bintang yang wujud di kosmos pula tidak pegun. Penemuan semasa mengesahkan matahari bergerak mengelilingi nucleus galaksai bimasakti dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Begitu juga dengan bumi serta planet-planet yang lain selain bergerak tanpa berhenti Ini bermakna matahari mengambil masa lebih kurang 225 juta tahun bagi melengkapi satu pusingan mengelilingi galaksi Bimasakti. Ia bergerak, berputar, berpusing dan di saat kehancurannya ia meletup dengan satu letupan yang dasyat. Namun alam terus wujud dalam keadaan harmoni, suasana kosmos tetap stabil dan bumi tidak terkesan dengan semua itu. Siapakah yang menentukan semua ini? Perancangan siapakah yang menentukan semua ini? Perancangan siapakah yamataharing menyebabkan bintang-bintang ini tidak berlanggaran sesama yang  lain? Siapakah yang menentukan kestabilan kosmos selepas letupan bintang yang dasyat iaitu Supernova berlaku? Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 12 yang bermaksud ”Katakanlah, kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah Ia kepunyaan Allah”. Dia menetapkan ke atas dirinya kasih sayang.”

Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud ”Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami disegenap ufuk penjuru dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka Qur’an itu benar”. Disamping itu manusia harus mengambil iktibar sebagaimana pergerakan yang pantas bintang-bintang dan planet-planet yang berterusan tanpa henti, begitu jugalah dengan kehidupan kita. Kita perlu terus bergerak pantas untuk melaksanakan dan mencapai matlamat hidup kita dunia akhirat.

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik

Arasy Di atas Air?..

By admin On June 21st, 2010

the universe 1

Surah Hud ayat 7 yang bermaksud “Dan adalah Arasy (Allah) di atas air….” Kefahaman berhubung ayat ini diperincikan oleh hadis yang dilaporkan oleh Muslim yang bermaksud, “Ssesungguhnya Allah menentukan ketentuan-ketentuan (takdir) mengenai semua makhluk 50,000 tahun sebelum kejadian langit dan bumi. Dan Arasynya di atas air.

Ada sesuatu yang dapat kita manfaatkan daripada kenyataan ini iaitu air wujud diperingkat awal proses kejadian langit dan bumi sebelum wujudnya hidupan-hidupan lain. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains semasa kerana selepas berlaku Big Bang berlaku lebih kurang 14 billion tahun dahulu, dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu hidrogen (80%) dan helium (20%). Gas-gas ini kemudiannya melalui beberapa proses sehingga melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan hidrogen dan denganitu lahir molekul yang stabil bernama air. Para saintis mendapati angkasa diperingkat awal kejadian alam, dipenuhi dengan molekul-molekul air sekaligus menunjukkan air tidak dapat dipisahkan daripada proses kejadian alam berbilion-bilion tahun dahulu. Hal ini dilaporkan dalam Journal Of Hydrological Sciences (1991) oleh Dr Vincent Kotwicki.

Menerusi kajian sains dan sistem satelit, air didapati memenuhi kawasan angkasa yang menjadi tempat kelahiran bintang-bintang dan planet-planet baru. Kawasan-kawasan ini dikenali sebagai interstellar clouds.

Justeru kenyataan Allah yang bermaksud “Arasynya di atas air” membawa maksud “Arasy Allah berada di kawasan yang lebih tinggi iaitu di atas angkasa raya dan angkasa raya yang dipenuhi air berada di bawahnya. Kedua-duanya adalah terpisah daripada satu sama lain. Alam ini dan hidupan yang terdapat didalamnya memerlukan air tetapi Arasy agak berbeza kerana ia berada di atas air dan ia tidak memerlukan air. Justeru Arasy berada di dimensi yang berbeza. Ia adalah benda ghaib dan berada di alam ghaib.

Ayat-ayat seumpama ini adalah peringatan kepada para saintis supaya tidak the universe 5tenggelam lemas dalam lautan sains sehinggakan mereka mengingkari kewujudan alam ghaib. Sains bukanlah segala-galanya. Ada perkara dalam kehidupan dan alam ini yang tidak mampu diukur oleh sains.

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik

Keajaiban Alam Semesta Untuk Difikirkan…

By admin On June 20th, 2010

the galaxy-6Menarik dan ajaib sekali bilamana kita membicarakan tentang alam angkasa raya. Ia mencetuskan rasa insaf didalam hati betapa Allah Maha Besar, Maha Perkasa  & Maha tinggi..

Bintang-bingtang adalah objek-objek besar di kosmos jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimasakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. (Terdapat berbilion galaksi di angkasa raya). CNN.Com bertarikh 23 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini adalah berdasarkan kiraan yang dibuat oleh para pengkaji daripada Australian National University. Jumlah ini bermaksud sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu!

Di dalam Alquran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh dalam surah al-A’raaf ayat 54, Allah menyatakan, ” Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahnya.” Antara faedah-faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi penunjuk jalan terutamanya bagi para pengembara.

Berhubung dengan ini dalam surah an-Nahl ayat 16, Allah berkata, “Dan dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk”.

the milky way

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik

Misteri Galaksi

By admin On May 3rd, 2009

GALAKSI

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)

Galaksi adalah gabungan berbilion bintang. (Bintang ialah objek-objek angkasa besar seperti matahari. Bumi dan bulan bukan bintang). Terdapat tiga trilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi bersaiz sederhana, terdapat Mkira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara terdapat sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil.

Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari begitu banyak bintang. Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti. Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang garis edarnya dalam keserasian dan keteraturan yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang garis edar yang ditetapkan baginya.

Galaksi mempunyai berbilion bintang berbilang saiz dan planet-planet.Gabungan bintang-bintang yang membentuk buruj dapat menunjukan arah.Matahari pula berfungsi sebagai sistem solar yang terbesar. Renung, perhati dan berfikir sejenak akan kebesaran Allah S.W.T antara berjuta galaksi di alam semesta ini :-

  The MilkyWay/Bima Sakti (Klik Imej Untuk VIDEO)

 

j 

 

 

 

 

 

 

Solar System Location(Bimasakti) : (Skala ly: light years)

  Read the rest of this entry »

Ribut Solar

By admin On April 29th, 2009

 

Kehebatan Penciptaan Alam & Diantara Tanda-Tanda Kebesaran Allah S.W.T

                   k

Pernahkan anda mendengar tentang ribut Matahari/Solar? (Solar Storm)Tahukan anda ribut solar boleh mengakibatkan bencana kepada seluruh penduduk bumi. Seluruh sistem elektrik dan elektronik akan mengalami kegagalan untuk berfungsi pada ketika berlakunya ribut solar. Bolehkan anda bayangkan apabila sistem telekomunikasi gagal berfungsi, sistem kokpit penerbangan anda juga tidak berfungsi dan seluruh sistem yang bergantung kepada sistem elektrik dan elektronik akan berhenti berfungsi?

k

Pada saat ketika itu teknologi yang tinggi sekalipun tidak ada gunanya lagi. Lebih memburukkan lagi ia akan menyebabkan stesen transformer pengagihan elektrik berhenti berfungsi dan musnah.

l

Jika kita lihat matahari secara dekat ia umpama lautan api bergelora yang sentiasa meletus. Letusan yang besar akan melepaskan satu gelombang radiasi (CME) yang akhirnya sampai ke bumi. Kesan gelombang CME inilah yang akan mengakibatkan kemusnahan yang membinasakan.  

m

Namun sehingga kini, Alhamdulillah kita masih selamat kerana bumi kita masih dilindungi medan magnetik kutub utara dan selatan yang bergabung membina satu perlindungan medan magnetik. Medan inilah yang menepis setiap sinaran dan gelombang ribut solar yang sampai ke bumi.

j

Medan Magnetik Bumi :

Tetapi sekiranya ribut solar yang berlaku adalah dalam tenaga yang besar dan kuat maka  ada kemungkinan gelombang radiasi tersebut akan melepasi medan magnetik bumi. Jika terlepas maka ia akan menjadi satu bencana bagi penduduk bumi seluruhnya.

Perhatikanlah fenomena semulajadi ribut solar dan berfikirlah tentang kehebatan penciptaan alam ini oleh Nya.

 

1) Sistem Suria

 

 

 

 

 

 

 

   sistem suria

 sistem suria

 

 

 

2) mm,

2) Gelombang CME :

 

 

 

 

3) Aurora Terbentuk oleh CME yang melalui bumi

 Firman Allah S.W.T : At-Tariq 1-5

“Demi langit dan “At-Taariq”;
“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu? “
“(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya)”

“Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).”

“(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.”

     jkl

Tidak rugi untuk kita berfikir sesaat tentang kehebatan dan kebesaran penciptaan alam ini dan betapa kerdilnya manusia namun masih seringkali bersikap riak dan takbur. Allah telah kurniakan mata dan akal fikiran maka gunalah kombinasi keduanya itu untuk kita sentiasa berfikir muhasabah dan menginsafi diri.

Wallahu’alam,

hadee

By : Admin

Fenomena Aurora

By admin On April 29th, 2009

                       j

Kewujudan medan magnetik yng mengunjur dari kutub utara-selatan dan kutub selatan-utara oleh bumi menghasilkan satu lapisan perlindungan terhadap hentaman gelombang radiasi (CME) oleh Sistem Suria kita terhadap bumi. Kesan tepisan gelombang radiasi tersebut oleh bumi menghasilkan satu fenomena yang dipanggil Aurora.

                                j

Pemandangan Aurora sepertimana yang anda saksikan di bawah ini hanya terdapat di kawasan kutub utara dan selatan sahaja. Mengapa hanya di kutub utara dan selatan sahaja? Lihatlah sendiri  medan magnetik yang melindungi bumi mengunjur keluar dari kutub utara ke selatan dan sebaliknya selatan ke utara..

                                   j

Maksud Firman Allah S.W.T :

Al-Mulk : 3

“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”

 

1)Medan Magnetik Bumi :

 

 

 

 

 

 

2) Aurora Yang Terhasil

 

 

 

 

 

 

 

 Aurora

 

 

 

 

 

 

 

  Aurora

 

 

 

 

 

 

 

  Read the rest of this entry »

Penciptaan Alam

By admin On April 17th, 2009

KOSMOLOGI

Kosmologi (berasal daripada perkataan Cosmology) adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan alam semesta.  Umpamanya bagaimana alam semesta ini terbentuk, apa yang sedang berlaku ke atas alam dan apa yang akan berlaku ke atas alam ini. Mereka yang mengkaji alam semesta ini dinamakan sebagai ahli kosmologi atau kosmologis).
           Allah s.w.t. sentiasa menyuruh manusia memerhatikan alam semesta ini agar manusia akhirnya akan beriman kepadaNya dan segala sifat-sifat Nya.
Umpamanya dalam Surah  Al-Anbia 30

 

“Tidakkah orang-orang yang kafir melihat  bahawa langit dan bumi pada suatu masa yang lalu adalah suatu yang padu dan kemudian Kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan semua organisme hidup daripada air dan apakah mereka masih tidak beriman.”

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyatakan tentang orang-orang yang kafir yang mengetahui tentang permulaan kejadian alam. Kita mengetahui kini ramai di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelidikan tentang kosmologi kebanyakannya adalah mereka yang tidak beriman. Mereka bukan sahaja tidak beriman, bahkan menolak kewujudan Tuhan. Antara mereka ialah Professor Stephen Hawking. Preofessor Stephen Hawking yang merupakan seorang ahli kosmologi dianggap setara dengan kehebatan Albert Einstein. Stephen Hawking berhadapan dengan masalah penyakit saraf motor yang menyebabkan beliau tidak boleh melakukan tindak balas terhadap apa juga rangsangan luaran. Namun beliau dianugerahkan Allah dengan kebolehan yang besar untuk mengkaji alam ini. Beliau telah menulis sebuah buku berjudul A Short History of Time From The Big Bang To The Black Hole” 

Read the rest of this entry »

Alam Semesta Berkembang

By admin On April 7th, 2009

Pengembangan Alam Semesta

Dalam Al Qur’an, yang diturunkan 14 abad silam di saat ilmu astronomi masih terbelakang, mengembangnya alam semesta digambarkan sebagaimana berikut ini:

space7“Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Al Qur’an, 51:47)

Kata “langit”, sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, digunakan di banyak tempat dalam Al Qur’an dengan makna luar angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, kata tersebut digunakan dengan arti ini. Dengan kata lain, dalam Al Qur’an dikatakan bahwa alam semesta “mengalami perluasan atau mengembang”. Dan inilah yang kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini.

Read the rest of this entry »

Kejadian Langit

By admin On April 7th, 2009

KEJADIAN LANGIT :

Benda-benda langit yang berlalu lalang di ruang angkasa dapat menjadi ancaman serius bagi Bumi. Tapi Allah, Pencipta Maha Sempurna, telah menjadikan atmosfir sebagai atap yang melindungi bumi. Berkat pelindung istimewa ini, kebanyakan meteorid tidak mampu menghantam bumi karena terlanjur hancur berkeping-keping ketika masih berada di atmosfir.

Dalam Al Qur’an, Allah mengarahkan perhatian kita kepada sifat yang sangat menarik tentang langit:

space10“Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang ada padanya.” (Al Qur’an, 21:32)

Sifat langit ini telah dibuktikan oleh penelitian ilmiah abad ke-20.

Atmosfera yang melingkupi bumi berperan sangat penting bagi berlangsungnya kehidupan. Dengan menghancurkan sejumlah meteor, besar ataupun kecil ketika mereka mendekati bumi, atmosfera mencegah mereka jatuh ke bumi dan membahayakan makhluk hidup.

Atmosfera juga menyaring sinar-sinar dari ruang angkasa yang membahayakan kehidupan. Menariknya, atmosfera hanya membiarkan agar ditembus oleh sinar-sinar tak berbahaya dan berguna, – seperti cahaya tampak, sinar ultraviolet tepi, dan gelombang radio. Semua radiasi ini sangat diperlukan bagi kehidupan. Sinar ultraviolet tepi, yang hanya sebagiannya menembus atmosfera, sangat penting bagi fotosintesis tanaman dan bagi kelangsungan seluruh makhluk hidup. Sebahagian besar sinar ultraviolet kuat yang dipancarkan matahari ditahan oleh lapisan ozon atmosfera dan hanya sebahagian kecil dan penting saja dari spektrum ultraviolet yang mencapai bumi.

Kebanyakan manusia yang memandang ke arah langit tidak pernah berpikir tentang fungsi atmosfir sebagai pelindung. Hampir tak pernah terlintas dalam benak mereka tentang apa jadinya bumi ini jika atmosfera tidak ada.. Jika atmosferar tidak ada, jutaan meteorid akan jatuh ke Bumi, sehingga menjadikannya tempat yang tak dapat dihuni. Namun, fungsi pelindung dari atmosfir memungkinkan makhluk hidup untuk melangsungkan kehidupannya dengan aman. Ini sudah pasti perlindungan yang Allah berikan bagi manusia, dan sebuah keajaiban yang dinyatakan dalam Al Qur’an.

Read the rest of this entry »

Pergerakan Alam Semesta

By admin On April 7th, 2009

Garis Peredaran Alam Semesta

Tatkala merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, ditegaskan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)

Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahwa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:

“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)

Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al Qur’an ini telah ditemukan melalui pengamatan astronomi di zaman kita. Menurut perhitungan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang disebut Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam sistem graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu gerakan serupa yang terancang.


Sebagaimana komet-komet lain di alam raya, komet Halley, sebagaimana terlihat di atas, juga bergerak mengikuti orbit atau garis edarnya yang telah ditetapkan. Komet ini memiliki garis edar khusus dan bergerak mengikuti garis edar ini secara harmonis bersama-sama dengan benda-benda langit lainnya.

Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan garis edar seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an sebagai berikut:

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)

Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari hampir 200 bintang. Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti. Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang garis edarnya dalam keserasian dan keteraturan yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang garis edar yang ditetapkan baginya.

 

Semua benda langit termasuk planet, satelit yang mengiringi planet, bintang, dan bahkan galaksi, memiliki orbit atau garis edar mereka masing-masing. Semua orbit ini telah ditetapkan berdasarkan perhitungan yang sangat teliti dengan cermat. Yang membangun dan memelihara tatanan sempurna ini adalah Allah, Pencipta seluruh sekalian alam.

Garis edar di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tak satupun dari benda-benda angkasa ini memotong lintasan yang lain, atau berlanggar dengan lainnya. Bahkan, telah teramati bahawa sejumlah galaksi beriringan antara satu sama lain tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya saling bersentuhan.

Dapat dipastikan bahwa pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop masa kini ataupun teknologi canggih untuk mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula pengetahuan fizik ataupun astronomi modern. Karenanya, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu: karena Al Qur’an adalah firman Allah.

Sumber : www.keajaibanalquran.com