Duduk Diantara 2 Sujud

By admin On June 25th, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud 

 

Solat tahajjudDalam tidak sedar..

 

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

 

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak..

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka

diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima..

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya biarkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..

Sumber : Lanjutan e mail

Semakin Berisi Semakin Tunduk…

By admin On June 21st, 2010

Bertawadu’ Dalam Berilmu.KATA KATA 3

Majlis ilmu yang disebut Nabi s.a.w sebagai ‘taman-taman Syurga’ : “Jika kalian melalui taman-taman syurga, maka berhentilah dan duduklah di situ”. Para Sahabat r.a. bertanya : “Apakah taman-taman Syurga itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda : “Majlis-majlis ilmu dan zikir”. (HR at-Tirmizi).”

Ibarat padi semakin berisi semakin merendahkan diri begitulah jua dengan seorang mukmin semakin berilmu semakinlah ia bersifat tawaduk, dapat menerima teguran, pandangan serta ilmu yang disampaikan oleh orang lain. Bukan seperti segelintir mereka yang mengaku telah berilmu lantas menghakimi orang lain serta mudah melahirkan prasangka terhadap ilmu serta amalan orang lain seolah ilmu dan amalannya adalah yang terbaik.

Dalam keadaan senario kehidupan kita pada hari ini, tuntutan untuk mencari ilmu tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingannya. Namun sejauh mana kita bersedia selaku seorang murid/pelajar yang ingin menuntut ilmu? Lalu dalam hal ini ketika seseorang murid telah bersedia maka guru akan hadir. Siapakah guru tersebut?..Guru tersebut boleh jadi seorang yang bijak pandai, seorang yang bodoh jahil, seorang yang baik, seorang yang jahat, boleh jadi berbentuk situasi sukar, situasi menyenangkan mahupun apa jua bentuk senario kehidupan yang perlu kita harungi.

Maka bersedialah menerima segala bentuk pelajaran dari guru kehidupan. Belum tentu sesuatu yang kita lihat itu baik namun disisi Allah ia adalah sebaliknya. Seseorang yang bodoh-jahil dapat memberi pelajaran yang berguna untuk kita ambil iktibar. Apatah lagi pelajaran yang boleh kita ambil dari seorang yang bijak pandai.

I LUV ISLAM5Kebijaksanaan anda dalam mengharungi setiap situasi menentukan tahap sebenar ilmu yang telah dipelajari. Tiada suatu pun yang benar/salah, baik/tidak baik kecuali disisi Allah ia adalah benar/salah dan baik/tidak baik.  Apabila kita mula menilai tahap ketinggian ilmu diri sendiri ditakuti kita mulai menghakimi ilmu serta amalan orang lain. Maka berhati-hatilah dalam pada kita mencari ilmu agar tidak tertipu, pujuklah hati anda agar sentiasa bersifat tawaduk dan jangan mudah menghakimi perlakuan atau amalan orang lain, namun ambilah pelajaran dari setiap situasi agar anda sentiasa belajar dan mendapat ilmu dari setiap situasi yang baik atau sebaliknya. Ingati dan halusilah kata-kata ini, ”bila murid bersedia, guru akan tiba….”

Keajaiban Alam Semesta Untuk Difikirkan…

By admin On June 20th, 2010

the galaxy-6Menarik dan ajaib sekali bilamana kita membicarakan tentang alam angkasa raya. Ia mencetuskan rasa insaf didalam hati betapa Allah Maha Besar, Maha Perkasa  & Maha tinggi..

Bintang-bingtang adalah objek-objek besar di kosmos jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimasakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. (Terdapat berbilion galaksi di angkasa raya). CNN.Com bertarikh 23 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini adalah berdasarkan kiraan yang dibuat oleh para pengkaji daripada Australian National University. Jumlah ini bermaksud sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu!

Di dalam Alquran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh dalam surah al-A’raaf ayat 54, Allah menyatakan, ” Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahnya.” Antara faedah-faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi penunjuk jalan terutamanya bagi para pengembara.

Berhubung dengan ini dalam surah an-Nahl ayat 16, Allah berkata, “Dan dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk”.

the milky way

Oleh Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik

Mengasihi Sesama Manusia

By admin On May 4th, 2010

3992396539_30dcb5394aDaripada Jarir bin Abdullah R.A Nabi SAW bersabda : ” Sesiapa yang tida mengasihani manusia, nescaya Allah Azzawajalla tidak mengasihaninya”. Riwayat al Bukhari dan Muslim

Daripada Abdullah bin Amr r.a Nabi SAW bersabda : “Orang-orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka yang di bumi nescaya yang di langit akan mengasihani kamu”. Riwayat Abu Daud & Al Tirmizi

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seorang Muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada Anas r.a, Nabi SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri“. Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan ihsan).” Riwayat al Bukhari dan Muslim

TEKNIK KHUSYUK DALAM SOLAT

By admin On May 4th, 2010

Antara Teknik mendapatkan khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah :-

SOLAT KHUSYU'1] Sentiasa melakukan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid).

2] Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.

3] Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4] Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5] Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.

6] Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.

7] Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.

8] Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.

9] Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang maha Agung dan maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

10] Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11] Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Qur’an dan segala zikir.

12] Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa jua bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13] Memandan ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.

14] Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

SOLAT15] Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.

16] Memastikan tiada gangguan dalam kawasan kita bersolat.

17] Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Indahnya Hidup Bersyariat Oleh Ustaz Ismail Kamus

Doa Malaikat

By admin On April 23rd, 2010

Doa34

 

11 Jenis Manusia Di Doa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk man usia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis man usia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersa man ya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di man a ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Oraikhlasng yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di man a pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Sumber : Lanjutan Email

Doa Rasulullah S.A.W

By admin On April 15th, 2010

doa 6

Peristiwa Disebalik Doa Ini

 

Masih ingat peristiwa Nabi dikejar dan dibaling batu oleh penduduk Thaif?.. Peristiwa disebalik doa di sebelah ini adalah apabila Nabi Muhammad S.A.W telah kehilangan dua pembela dan penyokong besar. Kewafatan Abu Talib iaitu pemimpin keluarga Abdul Muttalib, pembela terkemuka Nabi S.A.W dan orang terkemuka Quraisy. Juga kematian isteri Baginda tercinta Sayidatina Khadijah. Abu Talib ialah pelindung hidup kehormatan Nabi, sementara Sayidatina Khadijah mengabdi pada Islam dengan hartanya yang melimpah.

Sejak awal tahun kesebelas kenabian, Nabi S.A.W mengalami suasana penuh permusuhan dan dendam terhadapnya. Nyawa Baginda terancam terus-menerus dan Baginda tidak memperoleh peluang untuk berdakwah. Beberapa hari selepas kematian Abu Talib seorang Quraisy melemparkan kotoran ke atas kepala Nabi S.A.W.                  doa 7                                       Memandangkan suasana getir Makkah, Nabi S.A.W memutuskan untuk pergi ke kawasan lain. Ketika itu Thaif sedang membangun. Baginda mengambil keputusan untuk pergi ke sana untuk menghubungi pemimpin suku Thaif lalu mengajak mereka masuk islam.Di sana Baginda menerangkan agama Tauhid dan meminta bantuan dan sokongan. Namun seruan Baginda ditolak dan ditentang. Para pembesar menghasut orang bodoh dan juga berfikiran sempit. Kemudian Nabi S.A.W dikepung dan dihalau. Baginda pun keluar dari Thaif dan berlindung di sebuah kebun.

Setelah itu penduduk Thaif berhenti mengejar Baginda. Badan Baginda mengalami luka kerana dilempar batu-batu. Lantas Baginda pun berdoa dengan lafaz di sebelah. Doa tersebut merupakan luahan hati Baginda yang telah menempuh 50 tahun umurnya dengan kehormatan dan martabat yang tinggi di bawah perlindungan para penyokong yang sedia berkorban. Tetapi kini Baginda terpaksa menempuh dugaan yang besar. Semoga menjadi amalan untuk manfaat kita bersama.

Sumber : Zikir, Doa & Selawat Popular oleh Ustaz Mohamad Abdullah Al Amin

PERSAHABATAN

By admin On April 4th, 2010

Adab-Adab Dalam Bersahabat

sahabatTerdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”.

Ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat. Al-Qamah iaitu seorang ulama’ masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat antaranya :

1) Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2) Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3) Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4) Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Sayidina Ali k.m.h pernah berkata : ” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang).  Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”.

Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.

Dipetik dari Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ismail Kamus.

Fadhilat Dhuha

By admin On April 4th, 2010

dhuha1Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari segalah (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha :  ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha. (Surah lain juga boleh).

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa :
 

doa dhuhaMaksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).
” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

dhuha

(HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Solat Subuh Berjamaah

By admin On March 28th, 2010

masjid subuhMenyingkap 1001 Hikmah Solat Subuh

“Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang islam kecuali pada satu perkara. Iaitu apabila jumlah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat”.

Apakah yang dapat kita petik dari pernyataan ini? Ternyata orang Yahudi lebih peka dengan keadaan kita dari kita sendiri. Betapa selama ini ramai kaum Muslimin terlena dalam malam yang panjang sehingga yang tersisa hanyalah segelintir (warga emas yang mendominasi/ dimana pemuda pemudinya?) yang membentuk sederet dua saf pada solat subuh. Namun itu semua disedari oleh golongan Yahudi.

Memang kalau kita huraikan permasalahannya akan lebih rumit. Pemahaman dan kesedaran kebanyakan kaum Muslimin masih lemah. Dengan berbagai alasan akhirnya mereka lebih memilih untuk solah di rumah. Suatu fenomena yang jika terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W. mereka akan diancam dengan dibakar rumah mereka. Bahkan bagi sebahagian Muslimin kewajipan solat dikesampingkan oleh berbagai kepentingan dunia dan tentunya bisikan syaitan. Na’udzubillah..

makkahDalam lima waktu solat wajib yang diperintahkan kepada kita, Dr Raghib as Sirjani lebih memfokuskan titik permasalahan kepada satu waktu: solat, iaitu solat Subuh. Tentu ini tidak bermaksud untuk membezakan satu kewajipan dengan kewajipan yang lain. Tetapi berdasarkan kajian epistemologi dan analisis aksiologi, solat Subuh mempunyai kekuatan yang luar biasa. Pahala yang dijanjikan Allah dalam solat Subuh dan aktiviti lain yang dikerjakan sebelum dan sesudahnya begitu besar. Wajar solat Subuh ditunaikan diantara waktu teristimewa iaitu sepertiga malam terakhir dan waktu fajar.

Kesan sosial yang timbul dari perlaksanaan solat Subuh tidak boleh dipandang ringan. Perlaksanaannya yang tepat sesuai waktu akan mendorong peningkatan aktiviti seharian seorang Muslim. Ini bukannya tanpa bukti. Penulis menganalogikannya dengan kehidupan masyarakat Eropah dan Amerika yang rajin bangun pagi, meskipun hanya sekadar berjalan-jalan dengan anjing mereka.

Memang penulis tidak mengatakan bahawa perlaksanaan solat Subuh sebagai satu-satunya penyelesaian utama berbagai permasalahan umat. Namun ia menjadi sumbangan pemikiran yang sangat bererti dalam kehidupan umat ini, di dunia mahupun akhirat.

Dipetik dari buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani